Tuesday, January 10, 2012

Adam Adli digantung pengajian tiga semester

PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.

Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.

Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.

Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.

Sementara itu di TANJUNG MALIM, Jawatankuasa Disiplin UPSI telah mengesahkan pengantungan semester selama 18 bulan ke atas pelajar itu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam.

“Pihak jawatankuasa juga mengambil kira bahawa tertuduh sebelum ini turut mempunyai kes disiplin dan dia pernah diberi amaran oleh pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Junaidi juga berkata, Adam Adli disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii),Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya akan berkuatkuasa bermula Semester II Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

Katanya lagi, Adam Adli boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

“Lembaga Rayuan akan menimbang dan menentukan rayuan tersebut jika dibuat dalam tempoh sebulan," ujarnya.

Sementara itu Adam Adli, yang merupakan pelajar TESL berkata, dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan untuk mengantungkan pengajiannya itu sebaliknya menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas UPSI.

Katanya, adalah lebih terhormat untuk didapati bersalah dan digantung pengajian selama tiga semester kerana berjuang untuk kebebasan akademik daripada dipenjarakan setahun kerana mengambil rasuah.

sumber: mstar

Komen aku : Tak serik-serik lagi si Adam Adli ni, dah lah kena gantung pengajian selama 3 semester, ada hati pulak tu nak ambil tindakan tegas ke atas UPSI. Tak malu ke? Padahal kat UPSI tu lah tempat dia menuntut ilmu. Kalau dah student tu buat lah cara student. Kalau cakap mak bapak tak ajar sentap pulak pengikut Adam Adli ni. Sorry to say, pelajar kolej swasta tak ada pun nak buat kerja-kerja bodoh macam ni. Memalukan. Macam ni nak jadi bakal cikgu? Jadi pemberontak boleh lah.

No comments: