Saturday, January 21, 2012

Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah ayah saya. Amin

Assalamualaikum, salam sejahtera. Aku mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Untuk pengetahuan semua, arwah ayah aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu yang lalu, 18 Januari 2012. Arwah ayah aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi akibat respiratory failure di Hospital Kuala Kangsar.

Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan selepas solat asar pada hari yang sama. Walaupun ayah pergi tapi aku berasa sangat puas sebab aku berada disamping ayah dari mula-mula arwah ayah tenat pada 31 Disember 2011 sehingga 18 Januari 2012. Emak, kembar dan aku yang menjaga arwah ayah ketika di hospital sampai saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir. Aku rasa sangat puas.

Di kesempatan ini jugak aku ingin memohon maaf sebab aku tak dapat nak reply text kawan-kawan dan tak dapat nak jawab phone call pada hari kejadian. Harap semua faham situasi aku. Aku jugak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan serta saudara-mara yang datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ayah aku.

Kepada pembaca blog sekalian yang baru sahaja mengetahui hal ini, aku harap korang dapat sama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah ayah. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

p/s: jangan lupa untuk KLIK SINI dan KLIK SINI


8 comments:

Yazid Torpedo said...

salam...takziah aku ucapkan.. aku tumpang sedih. harap ko sabar dengan ketentuan ilahi... ada hikmah di sebalik sume ni.. teruskan berblog.. keep it up bro..

al-fatihah~

Aesya Zealous said...

innalillah.. al fatihah..

moga ditempatkan dlm klgn org beriman..

drpd Allah kita dtg, kpdNya jua kita kembali..

kuatkan smgt!

Askrie Hishamuddin said...

thanks yazid and aesya.

Unknown said...

SEMOGA TABAH YE ASKRIE.INSYAALLAH ARWAH AYAHMU DI TEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG YANG SOLEH

Askrie Hishamuddin said...

Insyaallah. thanks rozuan

missayien said...

takziah asri...
ain lambat gak tau..
yela sbb jarang on9
sebaik my sis bgtau.
btw,kuatkan smgt..
al-fatihah!

theblabber said...

takziah.

Askrie Hishamuddin said...

thanks ain, theblabber