Friday, February 17, 2012

Ujibakat Pengacara RTM 2012!

Assalamualaikum.

Sorry dah lama tak update blog. Bukan apa, sebab takde idea nak update apa kat dalam blog ni. Okay, proceed to the main subject. For your information pada 14/2/2012 dan 15/2/2012 yang lepas RTM ada menganjurkan satu ujibakat mencari pengacara di Angkasapuri. Kalau korang nak tahu aku pun dengan bangganya tak melepaskan jugak peluang yang sangat berharga ini. Haruslah kan. Aku datang ke ujibakat tersebut pada hari kedua iaitu pada 15/2/2012. Aku memegang nombor 035. Lebih kurang 10 pagi aku sampai dan aku punya turn mengacara pulak lebih kurang pada pukul 1 petang. Takde la lama sangat menunggu.

Secara jujurnya, aku memang tak mengharapkan apa-apa pun dari ujibakat tersebut. Kalau ada rezeki, insyaAllah bolehlah bergelar pengacara kat RTM nanti. Kalau tak ada rezeki, mungkin belum tiba masanya lagi untuk aku jadi pengacara. Ececeh, ayat gila babi pasrah. LOL. Aku sekadar mencuba sahaja. Mana tahu kot-kot ada rezeki kan. So, sekarang ni tunggu je lah call dari pihak RTM dalam masa terdekat ni. Dup dap dup dap. LOL

Lagipun motif utama aku join ujibakat ni sebenarnya aku cuma nak timba pengalaman. Sebelum ni, memang aku tak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam menyertai mana-mana ujibakat tak kira lah ujibakat pengacara ke penyanyi ke penari ke apa-apa saja. Jadi, bila peluang dah ada depan mata, grab je la kan bak kata Zizan dan Johan. Saja nak cari pengalaman pergi audition. Lagipun dah lama tak rasa nervous sebagai pengacara ni. LOL

Btw, dikesempatan ini jugak sebenarnya aku nak mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada emak, abang, adik, dan member-member rapat aku yang support aku. Diorang semua ni lah yang menjadi tulang belakang aku. Sebab diorang-diorang ni jugak lah aku rasa sangat yakin untuk pergi ke ujibakat tu. Maklumlah, kalau tak ada sesiapa yang support dan percayakan bakat kita, kita pun tak teringin punya nak mencuba kan? Melainkan kalau ada pihak yang bagi semangat. Mesti kita pun bersemangat nak cuba.

Sebelum aku mengakhiri update hari ni, aku nak merakamkan jugak ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Muner yang sanggup ambik aku kat Pandan Indah dari Selayang semata-mata nak temankan aku makan malam. Romantik tak? Haha. Baiknya hati budimu. Terharu sungguh. Tapi, kejap je kan lepak. Tak puas gila nak bercumbu-cumbuan. LOL. Orang kata tak dan nak klimaks. LOLOL. Menggelabah nak balik awal. Tak remaja langsung. Haha (Okay, ini Muner yang paksa aku tulis kat dalam blog ni. Jadi, untuk membalas jasa baik budi beliau, aku dengan rasa hemahnya tuliskan jugak untuk ko Muner. Dah puas hati ko Muner? Haha )

Sorry, tak ada gambar pun. Kalau ada gambar pun, aku malas nak upload. Kihkihkih

Sekian. Bye!

6 comments:

Anonymous said...

gd luck! . ..klau ade peluang jgn lepaskn, insyaallah ada la rezeki nnt (^__^)

Askrie Hishamuddin said...

Mohd Khairi Khadzir, Insyaallah, amin :)

Azza Afdzal said...

kalau ada rezeki Insyallah tak kemana....

Askrie Hishamuddin said...

Azza Afdzal, Insyaallah, amin :)

.........cP~ said...

Sejak lama tanam anggur ni, teringin je nak pergi kat stesen TV tu cari kerja. Tak kisahlah kerja apa pun. Haha. Merepek.

Askrie Hishamuddin said...

cP, cuba je, mana tahu kot-kot ada rezeki kan. :) kalau kita tak cuba kita tak tahu kan :)