Thursday, May 31, 2012

4 Tips mengelakkan perasaan gemuruh ketika Sesi Temuduga.

Assalamualaikum!


Memandangkan ada yang bertanyakan aku bagaimana cara-cara untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menghadiri sesi temuduga, jadi entri kali ini aku nak kongsikan sedikit tips macam mana nak mengatasi masalah tersebut.

Secara jujurnya aku tak pernah menghadiri mana-mana sesi temuduga kerja. Tapi, dalam subjek Meeting & Interview Skills, kitorang ada diajar cara-cara untuk nak mengelakkan rasa gemuruh ketika menghadiri sesi temuduga.

Mungkin juga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang akan menghadiri sesi temuduga kerja esok, lusa, minggu depan, bulan depan? Bila-bila saja.

Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.

Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan.

Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!

Tips 3: Berfikiran optimistik.

Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja..

Tips 4: Selawat Nabi S.A.W.

Sebelum masuk untuk sesi temuduga, genggam tangan kuat2, selawat tiga kali, tarik nafas dan lepas bersama gengaggaman

Demikian sahaja tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika sesi temuduga. InsyaAllah, kalau korang ikuti tips-tips di atas, korang akan dapat kawal sedikit-sebanyak rasa gemuruh korang ketika menghadiri sesi temuduga. Tapi, bagi aku perasaan gemuruh itu perlu jugak ada, cuma kena kurangkan sedikit. Lebih baik kita rasa gemuruh daripada kita rasa over-confident.

Ada apa-apa lagi nak tambah? Silakan, tulis dibahagian komen.

Sekian.Bye!

2 comments:

NAL said...

sememangnya tepat. NAL baru je lepas temuduga untuk ISM Pendidikan. Memang yang ni la NAL buat masa tunggu giliran.

Askrie Hishamuddin said...

Nal, tahniah Nal!