Tuesday, July 17, 2012

Hello Bro... Tolong Masak! menampilkan lelaki-lelaki kacak memasak!

Assalamualaikum!

Nampaknya teka-teki siapakah juara Masterchef Selebriti Malaysia Pertama sudah pun terjawab. Tahniah Dato' Fazley! Untung bini dia dapat laki pandai masak. Confirm hari-hari relax je kat rumah tak payah susah-susah nak masak, pikir jaga anak je. Lainlah dapat laki yang tak reti-reti nak belajar masak, mana nak masak lagi, mana nak jaga anak lagi, mana nak lipat kain lagi, mana nak basuh baju lagi, mana nak cuci pinggan mangkuk lagi. Kesian kan isteri yang dapat suami sedemikian rupa? Itu pun ada hati nak berpoligami lagi haha.

Nampaknya Astro Ria sekali lagi menyajikan kepada penonton-penonton setia sebuah lagi rancangan memasak terbaru. Dan aku pasti serta yakin sekali tentu ramai gadis-gadis serta maknyah-maknyah kat luar sana tu yang tak sabar-sabar serta teruja nak tengok aksi tiga orang lelaki kacak ini iaitu Nik Michael Masterchef Malaysia 1, Zamir Masterchef Malaysia 1 dan Fikri bergabung tenaga dalam rancangan terbaru Astro Ria iaitu Hello Bro... Tolong Masak! mulai 21 Julai 2012 setiap 6 petang.

Zamir Masterchef Malaysia 1

Nik Michael Materchef Malaysia 1

Maaf, gambar Fikri aku tak jumpa kat google images haha.

Jom kita tengok PROMO Hello Bro... Tolong Masak



Pandai kan Astro Ria cari publisiti? Chef Wan, Chef Ismail, dan segala chef-chef "kertu" dah boleh lah duduk berehat-rehat kat rumah sekarang. Lagipun dah kaya-raya kan? haha. Bagilah peluang kat anak-anak muda ni pulak memasak kat tv. Confirm rating Astro Ria naik la lepas ni.


Sekian.Bye!

5 comments:

NAL said...

Tahniah untuk Dato' Fazley..beliau memang layak..

btw NAL memang suka tgk Zamir n Nik Michael dalam MCM 1..

fikri tu bukan peserta MCM..memang tak pernah tgk dlm TV pun :)

Unknown said...

hehehe.. lepas ni berkurang lah awek2 yang berblog dan BW. sebab terpacak nak tgk lelaki2 kacak kat tb tu..haha

Unknown said...

wahhh..yeayy..dr.fazlee menang!!!
hehehehe..terbaek!

Unknown said...

wahhh..yeayy..dr.fazlee menang!!!
hehehehe..terbaek!

Qistina Filzah said...

best rancangan nie...suke tgk gaya dowang msk