Monday, August 13, 2012

My Upcoming Show!

Assalamualaikum!

Adoi, lama betul tak update aktiviti harianku di blog ini. Sorry ye pembaca setia sekalian. Mesti korang rindu aku kan? Maklumlah, aku busy sikit sekarang ni uolss. Diam tak diam, dah hampir sebulan aku belajar kat UniKL ni. Cepat betul masa berlalu kan?

Fyi, aku join team Sanggar Emas UniKL Business School. Apa itu Sanggar Emas? lol. Sanggar Emas ni merupakan nama komersial bagi Art, Cultural and Patriotic Club di UniKL Business School. Ini semua gara-gara tarian saxobeat aku yang menjadi sebutan orang ramai haha semasa minggu Orientasi lepas. Meletup gitteww! LOL

Bercerita pasal Sanggar Emas, show terdekat untuk team Sanggar Emas adalah pada 3-5 September 2012 ini di PWTC sempena 11th International Entrepreneurship Forum.

Yang penting team Sanggar Emas akan perform depan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad uolss. Korang hado? Ini serius okay. Korang boleh google sendirik kalau korang tak percaya. Trust me peopleeeeee!!!!

Terus terang I don't have any basic in zapin. Aku main redah je menari. LOL. Setakat ni kitorang baru training 3 tarian include tarian Zapin kontemporari, joget lembu melaka dan tarian Arab.

Actually, banyak lagi tarian yang kitorang belum start training lagi. Mampuslah gini. Show dah nak dekat. Kalau ditolak-tolak dengan cuti raya bagai memang tak sampai sebulan pun lagi show IEF ni. Memang tak banyak masa lagi. LOL

Okay, setakat ni sahajalah entri kali ni. Kalau ada kelapangan lagi masa untuk aku menulis kat blog ni, InsyaAllah aku akan tulis panjang-lebar lagi. Suka tak? suka tak?

Sekian.Bye!

No comments: