Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat,Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal
dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah
Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Setakat ini belum diketahui apakah punca
beliau meninggal dunia,cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau
mengalami masalah kesihatan.
Perkara
tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.
Sementara
itu,Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini
dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil.Beliau dimasukkan
ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.Ucapan
takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Harun Taib serta mendoakan
agar beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh. saya juga mendoakan
agar Datuk Harun Din agar segera sembuh. - PDTM
Al-fatihah
No comments:
Post a Comment