Monday, March 24, 2014

Orang Negeri Sembilan WAJIB Baca!

ASSALAMMUALAIKUM

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Pelancaran Karnival Tahun Melawat Malaysia 2014 Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung selama 3 hari di Dataran Rembau.Kepada yang berkesempatan silalah hadir bawa bersama ahli keluarga untuk beriadah sambil berhibur.Pelbagai aktiviti akan diadakan.

Datang tau korang!!! Sebab aku dan team aku pun turut membuat persembahan pada hari Jumaat malam & Ahad malam. Boleh kita selfie-melfie malam tu nanti!!!


Antara aktiviti-aktiviti:

1. Pertandingan karaoke terbuka solo kategori POP dan 60an
2. Pertunjukkan bubble show
3. Pertandingan mewarna kanak-kanak
4. Pertandingan Memasak masakan tradisional Negeri Sembilan
5. Persembahan Fashion show
6. Pertandingan Ratu Tradisional
7. Konsert bersama artis seperti hattan,waris,siti nurdiana,
nubhan,Jsham,Eddie hamid,elly & mastura,L ramlee dan
memperkenalkan artis cilik dari Indonesia Lintar(Juara Idola
Cilik 3 )
8. Pertunjukkan bunga api
9. Pameran kereta dan motor antik
10.cabutan bertuah
11.Sukaneka dewasa dan kanak-kanak
12.Gerai-gerai jualan
Dan bnyk lagi acara yang akan diadakan.

Hadiah karaoke kategori POP :
JUARA : RM2000 + BERPELUANG MENJADI ARTIS RAKAMAN
NOVA MUSIC + SIJIL PENGHARGAAN
N.JUARA : RM1500 + SIJIL PENGHARGAAN
KETIGA : RM1000 + SIJIL PENGHARGAAN

Hadiah karaoke kategori 60an :
JUARA : RM2000 + BERPELUANG MENJADI ARTIS RAKAMAN
NOVA MUSIC + SIJIL PENGHARGAAN
N.JUARA : RM1500 + SIJIL PENGHARGAAN
KETIGA : RM1000 + SIJIL PENGHARGAAN

PELBAGAI LAGI HADIAH UNTUK ACARA-ACARA YANG LAIN SEPERTI BARANGAN ELEKTRIK,VAUCHER PENGINAPAN,HAMPER DAN LAIN-LAIN LAGI.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI..MASUK ADALAH PERCUMA.

No comments: