Friday, December 31, 2010

Lembaran Baru 2011

Beberapa jam je lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2010 dan akan mengucapkan Welcome 2011! Woww, beberapa jam je lagi tu... maka ramai lah akan berpusu-pusu ke ibu kota untuk countdown kan? ohh, countdown semua tu dah obsolete la, baik duduk diam-diam je kat rumah buat sembahyang hajat ke ape. dapat jugak pahala. tak rase ke dunia dah nk kiamat? yang kau sibuk nak gi kumpul dosa lagi tu apahal?

dan beberapa hari lagi jugalah akan bermulanya semester baru atau dalam bahasa omputehnye new semester January-June 2011 di MARA Professional College, Sri Iskandar, Perak which means aku dah pun 2 tahun setengah belajar di sana dengan jayanya. Woww, tak sngke, dua tahun setengah tu, rase mcm kejap je masa berlalu sambil melambai-lambai tangan ala2 Miss World yang kecundang. But then, aku still tak bersedia lagi nak memulakan semester baru ni. Oh God! what am i supposed to do. hamboi, ckp omputeh la pulok kan. keji.

Berbalik pada tahun baru 2011, tak lengkap rasanya kalau aku tak story morry pasal azam tahun baru aku kan, orang lain sibuk nak pasang azam, aku pun sibuk jugak. mengada. HAHA. takpe lah, blog aku, aku punya suka la nak story pasal apa pun kan? kau dengki apahal? *garangnye aku, merajuk kang pembaca-pembaca setia aku kan. HAHAHA.

Azam tahun baru? sudah semestinya aku berazam nak menghabiskan study dalam Higher National Diploma in Business (Marketing) akhir tahun ni dengan jayanya kan. 3 tahun setengah tu belajar, 1tahun setengah foundation, 2 tahun HND. lama tu, takkan nak extend sampai 2012 pulak, tak nak tak nak!!! wah, dah macam kempen katakan tak nak pada rokok la pulok kan. okay, merapu dah ni. Other than that, azam tahun baru 2011 aku ialah aku nak dapat 3.5 above la sem 6 ni, tak lupa juga sem 7, 3.5 jugak okay! doakan aku ye kawan-kawan! :) ill appreciate it so much!

fyi, 2011 ni special sikit bagi aku sebab umur aku pun da masuk 21 tahun so aku nak kena buang sifat kebudak-budakkan aku tu, tak boleh ada dalam diri ni dah. nak merajuk ke touching lebih-lebih ke tak boleh dah. Huduh benor kalau orang tua merajuk kann? HAHA. sedar pun diri. Ye lah, sampai bila aku nak touching-touching ni kan. Kang ada jugak yang bagi penampor arab, pakistan, taliban kat aku kan.

Okay, akhir kata saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda semua!!! Semoga tahun baru 2011 ni kita semua akan maju setapak kehadapan dan berubah dari yang buruk kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik dan menjadi yang terbaik! wowww, bahasa sastera kuno kot, dalam erti kata yang lain buang yang keruh ambil yang jernih.

Happy New Year 2011!!!

6 comments:

Cik Embun said...

happy new year..

Askrie Hishamuddin said...

thanks cik embun!
happy new year too! :)

Mohamad Amzar said...

happy new year asri !

Askrie Hishamuddin said...

Thanks :)
happy new year too Amzar!

Encik Tikus said...

yeah happy new year to you =)

Askrie Hishamuddin said...

thanks encik tikus!!

same goes to you!

HAPPY NEW YEAR!! :)