Monday, January 24, 2011

8 tips bagi mereka yang susah untuk tidur

Perhatian : Artikel ini adalah merupakan daripada hasil titik peluh serta idea aku sendiri. Tidak ada sebarang peniruan dari mana-mana pihak , sumber mahupun blog-blog yang lain. Sekiranya korang ingin copy tips2 ini untuk diletakkan serta dimasukkan ke dalam mana-mana sites mahupun blog korang,sila pastikan korang creditkan nama beserta link blog aku di dalam entry tersebut. Sila hargai hasil titik peluh serta idea aku.

Terima kasih!


Yang benar ; Askrie Hishamuddin


1st Tips

Korang ada handphone canggih-canggih tak? Okay, kalau ada, maka cantik! Senang je, korang masukkan seberapa banyak lagu-lagu yang slow tahap meleleh punya kat dalam playlist handphone korang lepas tu pakai earphone dan play lagu-lagu tersebut. Yang penting korang kena layan lagu-lagu tersebut sambil pejam mata. Hayati dengan sepenuh hati.. Insyaallah korang akan dapat lena dengan sepenuh hati setelah mendengar lagu-lagu yang dimainkan. Tapi kalau korang takde handphone yang canggih-canggih pun takpe, korang dengar je ringtone2 monophonic korang tu berulang kali. Pun boleh!

2nd Tips
Korang refresh balik apa yang korang dah buat sepanjang hari itu. Dah habis refresh semua untuk hari tersebut, refresh pulak apa yang korang dah buat untuk hari sebelumnya, sampai korang rasa menyampah nak refresh lagi dah, korang mungkin akan dapat tidur dengan penuh nyenyak sekali.

3rd Tips
Okay, tips ini agak cliche tapi mungkin ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu menyelesaikan masalah korang yang susah untuk tidur. Caranya ialah korang bayangkan sekumpulan kambing biri-biri melintas di hadapan korang dan kira berapa ekor kambing biri-biri yang melintas tu. Kan aku dah cakap, tips ini agak cliche, tapi kalau korang tak suka dengan tips yang cliche ni korang boleh tukar kambing biri-biri tu jadi tenuk ke cipan ke tapir ke pun boleh. Kalau nak nampak lebih menarik lagi, boleh jugak bayangkan babi hutan yang melintas. Menarik bukan?

4th Tips
Kalau tips no 2 tadi korang refresh balik apa yang korang dah buat untuk sepanjang hari, tapi untuk tips keempat ini korang cuba bayangkan pulak perkara-perkara yang manis-manis yang mungkin akan berlaku. Tak kisahlah sama ada ianya masuk akal ataupun tidak, misalnya korang bayangkan korang keluar dating dengan A. Samad Said ke ataupun korang berangan korang tengok wayang dengan Zaiton Sameon sekalipun. Terpulanglah pada korang. Tapi kalau lelaki ni selalunya diorang akan bayangkan benda-benda yang tak patut untuk dibayangkan sebelum diorang tidur. Termasuklah aku. hikhik. Oh, cuba elakkan ya! Misalnya apa? Korang faham-faham sendiri sudah lah!

5th Tips
Kalau korang susah nak tidur jugak, korang cuba miscall seberapa banyak kawan korang yang ada. Lagi bagus, cuba miscall kesemua list name yang ada dalam handphone korang tu sampai korang akan dapat message yang berunsurkan caci-maki daripada diorang, misalnya "Weh, kau ni tak reti nak tidur ke sial? main misscall2 pulak malam-malam buta ni!" lebih kurang message macam tu la, mungkin korang akan rasa sedikit insaf dan mula boleh tidur. Tapi tips nombor 5 ni macam tak membantu je kan. Tapi takpe, belum cuba belum tahu kan?

6th Tips
Korang pergi ambil air sembahyang dan lakukan seberapa banyak solat sunat yang boleh seperti solat hajat, solat istiqarah, solat tahajud dan bermacam-macam jenis solat lagi. Tapi, kalau korang belum tunaikan solat Isyak lagi, lebih afdal kalau korang dahulukan solat Isyak dulu. *tetiba topik ni jadi serious pulak bila masuk bab agama kan?

7th Tips
Pejamkan mata perlahan-lahan dan baca sifir 1 sehingga 12. Baca sifir-sifir tersebut secara perlahan-lahan di dalam hati.Kalau dah baca sampai sifir 12 pun masih tak boleh tidur lagi, sambung lagi sifir 13 pulak sampai seterusnya sehinggalah korang boleh tertidur.

8th Tips
Kalau korang susah jugak nak tidur walaupun dah ikut kesemua tips-tips yang diberikan, senang je, korang bukak blog http://himynameisasri.blogspot.com/ lepas tu korang baca setiap satu entry di dalam blog ini, tinggalkan komen pada setiap entry, dan kalau boleh sila tekan (click) kesemua iklan-iklan yang terpampang di dalam blog ini. HAHA. sampailah korang tertidur depan laptop mahupun pc korang tu.

Tapi...... kalau korang tak boleh nak tidur jugak, susah sangat nak tidur tu tak tahu lah aku nak membantu macam mana lagi dah! Ambik pisau acukan ke dada dan faham-faham je lah apa yang korang patut buat. Eh eh, jangan! jangan buat macam tu, dosa besar! nauzubillah min zalik

Selamat Mencuba!!!



15 comments:

ISAMM BEVY said...

menarik . thanks . tips no 1 isam da guna

Askrie Hishamuddin said...

@isam, thanks! hehe :) askrie pn slalu guna tips nombor 1 :) hehe

effadyana said...

aku pnh try no stu ...
mang menjadi... hahahah

Askrie Hishamuddin said...

@effa, hehe! betul2. aku pun slalu guna tips nombor 1 kalau susah nak tidur. hikhik

Syafiq Rosli said...

thank bro 4 da info

Askrie Hishamuddin said...

@syafiq, welcome! no biggie :)

NOOR FATIN said...

penat jugak ya. hakhak nice!

Askrie Hishamuddin said...

@fatin, penat? apa yang penat ya? hakhak thanks! :)

rinie din said...

siyes kelakar bro..pandai ko melawak yek.hehe

Kodet said...

erm tips untuk tak mau bagi ngantuk ada x? mcm dlm kelas apa ptut buat kalau dah ngantuk?

Askrie Hishamuddin said...

@rinie, haha. biasa2 je. mengarut je lebih ni.

@kodet, akan difikirkan! will update later okay! tungguuuuu!! haha

kira said...

Tips no 1 mmg slalu buat dulu...tapi makin lama telinga jadi makin pekak. Skrg dh serik

Askrie Hishamuddin said...

@kira, kalau macam tu gunakan tips no 2 pulak. try tengok jadi ke tak! haha

Tikah Syah said...

x elok wei dengar lgu sblm tido

Askrie Hishamuddin said...

@tikah, ye ke tak elok? taktau la pulak. hehe. tapi i slalu dengar lagu sebelum tidur. baru boleh lena.