Friday, January 28, 2011

4 Golongan Manusia Di dunia.

Baiklah, untuk entry kali ini aku tetiba rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang mengenai 4 golongan manusia di dunia.

Ada empat golongan manusia dalam dunia ini. Pertama, Orang yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Kedua, Orang yang ada lidah tetapi tidak ada hati. Ketiga, orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah dan golongan yang keempat pula orang yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan.



1. Golongan yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.


Golongan ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada diorang. Diorang ini ibarat melukut yang ringan, kecuali diorang dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati diorang supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota diorang supaya patuh kepada Allah.

Kita perlu berhati-hati supaya tidak termasuk dalam golongan seperti ini. Golongan ini adalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita perlu minta dilindungi Allah dari pengaruh diorang. Sebaliknya kita hendaklah cuba menjadikan diri kita sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Jika kita berjuang di jalan Allah untuk mengajak golongan ini menuju Allah, maka kita akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


2. Golongan yang ada lidah tetapi tidak ada hati.


Golongan ni pulak bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Diorang mengajak manusia menuju Allah tetapi diorang sendiri lari dari Allah. Diorang benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi diorang sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Diorang menunjuk kepada orang lain yang diorang itu Soleh tetapi diorang sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.


Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kita dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kita akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kita dan kekotoran hatinya akan membunuh kita.



3. Golongan yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.


Golongan ini pulak adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan diorang daripada makhluk dan menggantungkan di keliling diorang dengan tabirNya dan memberi diorang kesedaran tentang cacat cedera diri diorang. Allah menyinari hati diorang dan menyedarkan diorang tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Diorang ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.

Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". Sabda baginda lagi; "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu, golongan ini adalah merupakan Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kita hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kita akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.


4.Golongan yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan

Sabda Rasulullah S.A.W ;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati diorang menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya.

Hati golongan ini akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.

Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu kita perlu hati-hati supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka.

Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.



Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.



SUMBER: Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani



Wallahu'alam.

4 comments:

Mat Sabu said...

Nauzubillahuminzalik

Askrie Hishamuddin said...

@ firdaus, semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman :)

ch!natsu said...

semoga kita tidak trgolong bersama2 mereka2 yg sesat..

Askrie Hishamuddin said...

@chinatsu, insyaallah, amin!