Friday, January 14, 2011

Calon peserta AF9 yang kecundang.

Memandangkan sekarang ni semua orang duk sibuk berlumba-lumba untuk berlari merentas desa di sekolah, eh silap, berlumba-lumba untuk merakamkan video untuk di'post'kan ke laman youtube bagi penyertaan akademi fantasia 9, aku pun beria-ia jugaklah nak post video rakaman nyanyian aku ke laman youtube.

Namun, Alhamdulillah kerana Tuhan tu masih sayang lagi kat aku dan berjaya menyedarkan aku bahawa suara aku ni tak ubah seperti katak memanggil guruh, jadi aku terpaksalah membatalkan hasrat aku yang cukup murni itu. HAHAHA. So, untuk tidak menghampakan diri-sendiri, aku dengan penuh perasaan tak tahu malunya post video nyanyian aku kat blog yang usang ni khas buat pembaca-pembaca setia aku di sini. Boleh? cewahh, ini juga mungkin the first and the last time aku akan post video aku secara exclusive di sini.

*Tapi, kalau ada request daripada korang apa salahnya. Mungkin aku akan post lagi video aku dengan perasaan takburnya. Hahaha.. ade ke?

Baiklah, nak dengar suara aku sangatkan? hambek ni. dengarlah puas-puas. Lagu ketulusan hati by Anuar Zain di'sumbang'kan oleh Askrie Hishamuddin. Class kau maria! HAHA



Sebarang kritikan yang berbentuk caci-makian serta kutukan yang tidak membina amatlah dialu-alukan di sini. Ada aku kesah? pinjam sat trademark Azwan Ali.


6 comments:

ENCIK TIKUS said...

not bad lorh ^^

Askrie Hishamuddin said...

@farith , ouh.thanks! hehe

KNS said...

ohh..xsempt tgk
=( dah unavailable..
huhu

Askrie Hishamuddin said...

@nasuha, unavailable ehh? i boleh je tengok. emm =.=

shamil + adib said...

a not bad voice ! keep it up !

Askrie Hishamuddin said...

@adib, OMG! thanks a lot! really appreciate it! hehe