Saturday, February 19, 2011

Filem Melayu Wajib Tonton 2011

Assalamualaikum... Harap semua pembaca sihat sahaja hari ni. Hehe. Ayat nak poyo je kan. Baiklah, pada entry kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua pasal filem Melayu yang wajib untuk kita tonton beramai-ramai di pawagam pada tahun ini. Filem ini sesuai ditonton oleh semua golongan lapisan masyarakat tak kira umur, agama, bangsa dan sebagainya. Boleh bawak adik, abang, kakak, jiran sebelah rumah, ketua kampung, nenek, atuk sekali beramai-ramai tengok filem ini.

Okay, filem yang dimaksudkan ialah filem arahan Yusry KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Tengok trailer dia je dah tahu yang filem ni memang super awesome! Tak percaya? Jom saksikan trailer ini.



Buat pengetahuan korang, filem epik dari KRU Studios ini menelan kos pembikinan sebanyak 8 juta. Wow! Banyak tu. Dan filem ini merupakan filem termahal KRU Studios. Selain itu, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini jugak akan ditayangkan di 34 buah negara. Filem ini akan ditayangkan serentak pada 10 Mac 2011.

Jadi, jom kita sama-sama memeriahkan pawagam-pawagam berdekatan dengan rumah kita untuk menyaksikan filem epik yang super awesome ini! Filem kita wajah kita!

6 comments:

sYafIk-wAy said...

macam best je cerita nih , konfom nak tgk , lalalaa

Askrie Hishamuddin said...

@syafik-way, yupyupp!! jom jom ramai-ramai serbu pawagam !!!

xazryx said...

cite ni mmg patut tgk .x sabar !

Askrie Hishamuddin said...

xazryx, yeaahhh, betul2!!!

Anonymous said...

Daus> Memang berkira-kira nk tengok pon...
kalau ade orang payung(kau) ag besh lalala

Askrie Hishamuddin said...

daus, hahaha :) aku pn kais pagi makan pagi je ni :)