Sunday, January 30, 2011

Perempuan suka lelaki macam mana?

gambar oleh : Khairnaj

1.Perempuan suka lelaki yang kelakar. Ya, kebanyakkan kawan-kawan perempuan aku suka berkawan dengan lelaki yang kelakar.

2. Perempuan tidak suka lelaki yang poyo. Bajet handsome, bercakap pun nak kena atur satu persatu ayat. Kalau zaman 60an dulu boleh lah, ayat nak kena susun elok-elok. Kira perempuan lebih suka lelaki yang sempoi.

3. Perempuan suka lelaki yang smart. Tapi ada jugak perempuan yang suka lelaki selekeh. Pelik jugak tu. Tapi yang pasti perempuan paling anti dengan lelaki yang pengotor.

4. Perempuan suka lelaki yang soft spoken. Hati perempuan kan lembut. Kasar macam mana perempuan itu sekalipun, hati diorang selembut sutera asli tahu?

5. Perempuan tidak suka dengan lelaki yang panas baran. Kaki pukul dan seangkatan dengannya. Kalau perempuan tu jenis minah rempit, bohsia dan seangkatan dengannya mungkin diorang minat kot dengan lelaki yang macam ni.

6. Perempuan sukakan lelaki yang caring. Kalau boleh setiap masa diorang nak sentiasa bersama. Kalau masing-masing berada jauh pulak, perempuan sentiasa mahukan boyfriend diorang call, text, chat, ym, skype sepanjang masa.

7. Perempuan suka lelaki yang romantik. Kalau korang nak tahu apakah dia pengertian romantik, korang boleh refer video Aziz Hazmi di laman youtube. Bagi aku, Aziz Hazmi merupakan lelaki yang romantik. Serius.

8. Perempuan suka lelaki yang memahami. Kalau kurang memahami hubungan akan tak kekal lama. Seriously. Sebab memahami ni adalah kunci dalam setiap hubungan. Kalau kunci hilang how's that?

9. Perempuan tidak suka lelaki yang cerewet. Kalau perempuan cerewet, lelaki pun cerewet, macam mana tu? Dua-dua tak reti nak mengalah.

10. Perempuan suka lelaki yang kacak. Tapi zaman sekarang ni dah tak ramai perempuan yang minat lelaki kacak sebab selalunya lelaki kacak ni playboy. Betul ke? Eh, aku tak playboy pun. LOL

11. Kalau perempuan itu jenis materialistik, haruslah lelaki pilihan diorang ialah kaya-raya, ada kerja yang tetap, aset tetap. Tapi, aku rasa zaman globalisasi ni semua perempuan materialistik. Ingat boleh hidup ke sekarang kalau tak ada duit?

12. UPDATED! Sebelum ni aku tak masukkan pun ciri ini. Padahal ciri ini la yang paling penting sebenarnya iaitu perempuan suka pada lelaki yang pandai menjaga agamanya. Solat tak tinggal, puasa penuh dan lain-lain.

14 comments:

SyazwanShahrul said...

Munasabah la jgak . Haha . :P

orkedwangi said...

semua btul ka ats...tpi xmo la yg ensem2..satgi dia style bajet hot duk p mgedik dgn ppuan len....

Askrie Hishamuddin said...

@syazwan, hehehe.. thanks!

@orked, ye ke? i main tulis je ni bedasarkan pengalaman i, hikhik.

Anonymous said...

depends on perempuan tu la nak lelaki macammana ekceli .. tapi yg bawah skali tu i sokong 100% =D

Askrie Hishamuddin said...

@ferra, yupyupp, tapi kebanyakkan perempuan suka ciri2 lelaki macam yang i tulis tu, sbb i bnyk kawan pmpuan :) hehe.. yupyup, penting tu!

Anonymous said...

wah
thanx nasihat dan pndangan!

Askrie Hishamuddin said...

@lelaki ini, ur most welcome! :)

Cik Bee said...

1 tertinggal: perenpuan suka lelaki yang jaga agamanye. tu jngan lupe.. wee =)

Askrie Hishamuddin said...

@cik bee, hehe.. betul tu!

Adah..oh, Adah.. said...

Assalam..tumpang lalu...

nice entry..terima kasih kerana utarakan pandangan..

Askrie Hishamuddin said...

wasalam, btw, ur most welcome! ;)

adyn said...

yeah ! d best lah :))

annekarmiella said...

xkira laa mcmane pun ciri2 lelaki idaman sy, tp sy terima seadanya yg ada skg nie.. kelakar, poyo laa jugak.. hahaha... xsmart pun.. not rily soft spoken.. kind of pns baran jugak.. totally caring.. dy TAK romantik pun.. kurang memahami.. cerewet jugak.. x kacak tp sweet.. n the last one sy tak setuju... sbb dy bkn dr golongan org senang.. sumtimes nk makan ayam pun susah.. tp sy terima dy seadanya.. restu dh dpt tinggal nk ikat je.. :)

Askrie Hishamuddin said...

thanks cik donat

annekarmiella, lain orang lain taste dia. LOL