Sunday, February 27, 2011

Tips untuk pembaca blog

Kalau entry sebelum-sebelum ni aku banyak bagi tips kat blogger. Tapi, untuk entry kali ini pulak aku nak buat kelainan sikit. Chewahhh, bajet je buat kelainan bagai kan. Untuk entry kali ini aku nak bagi tips kat pembaca blog pulak. Bukan hanya kepada pembaca blog aku tapi untuk semua orang yang suka membaca.

Pertama, kalau nak baca entry panjang-panjang. Sila fokus. Mata jangan tertumpu kat benda lain. Dah tahu entry tu panjang, waktu tu la nak makan maggie, time tu la nak message, time tu la nak hafal lirik segala kan. So, untuk mengelakkan misunderstanding, sila fokus pada pembacaan.

Kedua, jangan sesekali menghentam penulis. Setiap penulis ada perspektif serta pendapat masing-masing. Ada penulis yang minat Siti Nurhaliza, ada penulis yang tak suka Siti Nurhaliza, ada penulis suka filem Hantu Kak Limah balik rumah, ada pulak penulis yang tak suka filem Hantu Kak Limah. Rambut je sama hitam, kulit je sama cerah, tapi hati lain-lain.

Jadi, kalau korang membaca bad review daripada penulis tentang artis, filem, tokoh kegemaran korang, janganlah menghentam beliau pulak. Siap buat fan page "Saya benci blogger dot dot dot". Lepas tu ajak kawan-kawan lain like page tu pulak. Oh, itu sangat keterlaluan.

Ketiga, bukak minda terima pandangan penulis. Ini kira kesinambungan kepada points nombor dua la. Ada kalanya apa yang penulis tulis tu betul, ada kalanya salah sama sekali. Tapi, we as a readers, kenalah terima pandangan serta pendapat penulis tersebut. Tapi, kalau pandangan yang diberikan oleh penulis tu tak masuk akal langsung, it's depend to you guys untuk menegur ataupun tidak pandangan penulis tersebut. Please, tegur dengan cara berhemah. Nak kena ajar ke teguran berhemah tu macam mana? Okay lah, mula-mula bagi salam, lepas tu tanya sihat ke tak, lepas tu pandai-pandai la korang nak tegur macam mana sekali pun. Last but not least mintak maaf dan bagi salam sekali lagi. Simple kan?

Keempat, kalau korang suka dengan cara penulis tu menulis di dalam blog dia, give them a compliment. Supaya penulis tu menjadi riak dan takbur. Ehh, tak tak! supaya penulis tu rasa penulisan dia dihargai. Kalau korang does not give a feedback macam mana penulis nak tahu either dia penulis yang bagus ataupun tidak kan? Contohnya, korang boleh follow blog dia, tinggalkan comment yang membina di ruangan entry tersebut, atau jadi fan facebook dia. Simple kan?


Kelima, bukan semua penulis dapat menyampaikan messages diorang dengan jayanya. Ingat menulis ni senang ke? kadang-kadang apa yang kita nak cuba sampaikan lain, tapi pembaca pulak pikir lain. Misunderstanding di situ. So, kalau kita rasa was-was dengan penulisan penulis tersebut, sila tinggalkan komen dan bertanya pada penulis tu sendiri apa yang dia cuba sampaikan. Kadang-kadang tu pembaca yang emotional lebih. Terus hantar komen yang bukan-bukan kat penulis, padahal penulis tu tak bermaksud pun macam apa yang dia pikir tu.


Baiklah, itu lah dia serba sedikit tips yang aku boleh bagi kepada pembaca-pembaca blog especially. Semoga korang dapat mengambil sedikit sebanyak intipati yang aku cuba sampaikan kat sini.

12 comments:

Anonymous said...

betul tu. kadang2 kita nak sampaikan bende lain. tapi orang salah faham. susah sebenarnya nak bagi orang minat baca entri kita.

Askrie Hishamuddin said...

@ieka, yupyupp..

Mat said...

Thanks for the nice tips :)

Anonymous said...

tu baru menulis,cakap depan2 pun bole salah paham...kalau yg ni lagilaaa

Mat said...

Thanks for the nice tips :)

Askrie Hishamuddin said...

@baihaqi, ur most welcome ;)

@bukankosong, betul tu..

Unknown said...

dalam nak menegur pon kena beradab. mmg stuju la smo point2 tu :)

Askrie Hishamuddin said...

@dawa, thanks :)

mykhalis said...

gile bagus kentang potato entry nie.. rasanya inilah entry yang agak panjang yg saya boleh baca ngan tenang dan steady..kalu tak mesti baca gelojohh je..

Askrie Hishamuddin said...

@mykhalis, thanks! haha :)

heliantuse said...

Jadilah pembaca yang baik, insha Allah kita akan jadi blogger yang baik. Input first, then output :)

Askrie Hishamuddin said...

@heliantuse, yup, betul tu :)