Korang stress dengan assignment yang bertimbun-timbun? Korang tension dengan perangai bf/gf korang yang tak habis-habis menyusahkan hidup korang? Jangan risau, dalam entry kali ini aku ada menyediakan 6 tips macam mana nak menghilangkan stress yang korang alami. Confirm lepas ni korang dah tak stress dah jika mencuba tips-tips yang aku bagi ni. Haha...
Pertama, nyanyi lagu-lagu yang bernada tinggi. Tak perlu kisah pasal pitching lari ke laut, tak perlu kisah pasal step tarian, tak perlu kisah pasal pengkritik-pengkritik di sekeliling korang. Yang penting korang fokus dan enjoy dengan lagu tersebut. Nyanyikan sekuat hati dengan penuh perasaan. Sedikit-sebanyak mungkin dapat menghilangkan stress yang korang alami kalau korang dapat men'yumbang'kan suara untuk lagu bernada tinggi tersebut.
Kedua, lakukan senaman aerobik. Pasang lagu-lagu yang meriah yang boleh membuatkan abdomen-abdomen badan korang rasa teruja untuk bergerak serta menari. Lagu yang aku sarankan untuk korang pasang ialah lagu-lagu seperti asereje, bad romance, dan enjit-enjit semut. Okay, enjit-enjit semut tu rasanya tak sesuai sangat kot.
Ketiga, rakam video nyanyian lip-sync ala-ala cikgu Syida. Buat mimik-mimik muka keji sekali macam yang cikgu Syida buat dalam kebanyakan video lip-sync beliau. Tiru je gaya cikgu Syida, sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress sekiranya korang berkelakuan tak senonoh seperti itu dihadapan camera. Kalau nak lagi fun, boleh ajak kawan-kawan, adik, kakak, abang, mak, ayah join sekali dalam video tersebut.
Keempat, tonton video 18sx. Astaga, berdosa aku ajar benda bukan-bukan kat dalam blog ni. Tapi kalau dah terlampau stress tu mungkin inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan tension tersebut. Link website? Carilah sendiri! Hahaha.. Yang penting jangan tonton video format 3gp. Tak style langsung rakam sendiri. Hahaha
Kelima, okay, sebagai umat Islam, kalau nak hilangkan tension lakukan solat-solat sunat seberapa banyak yang boleh termasuklah solat sunat taubat, solat tahajud, solat dhuha dan sebagainya. Nescaya Allah s.w.t akan memberi nur kepada kita.
Keenam, baca Al-Quran. Wahhh, nampaknya tips yang berikutnya ini semakin ke arah islamik ya. Jadi, sila abaikan tips nombor empat kalau nak berjaya di dunia dan di akhirat. Hahaha
Ketujuh, alamak, terlebih sudah!
Cukup lah enam tips sahaja pada kali ini. Sekian tips untuk entry kali ini, InsyaAllah, kalau aku ada idea yang mencurah-curah ke ladang gandum selepas ini, aku akan cuba buatkan tips yang lain pulak khas untuk pembaca setia blog aku ni. Sekian.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
7 comments:
kalau aku nyanyi tak leh nak sampai r note tinggi.. haha
@izwan, haha, takpe takpe, nyanyi la setakat mana yang boleh, nak hilang stress punya pasal
follow awk...
erm arhhh.. skr nie mmg tensoin ngan test x henti2... nanti nak nynyi kuat2 lar...
@ainaa.syafiqah27, thanks :)
hahaha, betul tu, nyanyi kuat2 boleh hilangkan stress ;)
kalau aku..
bersukan sampai lebam..keh3
@duniaku abstrak, betul jugak tu.. idea yang bagus!
WAAHAHAHAHAHAHAHAHAHaH
Post a Comment