Sunday, March 13, 2011

Kenapa anda patut menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa?


Assalamualaikum uolz! Nak bagitahu ke taknak, nak bagitahu ke taknak? Emm, bagitahu je lah, aku sekarang ni online kat The Royale Bintang Hotel, Damansara! Sila jealous okay! Haha..

Memandangkan sabtu malam lepas aku dah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa kat Curve dengan family tercinta, so, untuk entry kali ini aku nak review sikit lah pasal filem arahan Yusry KRU ini.

Kenapa korang patut menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Meh aku bagitahu sebabnya, pertama sekali seperti yang kita semua telah sedia maklum, filem ini adalah merupakan filem termahal daripada KRU Production. Jadi, bila mahal, mestilah berkualiti kan?

Filem ini langsung tak bosan walaupun filem ini berkaitan dengan sejarah. Serius, subjek yang paling aku benci kat sekolah mahupun kat kolej ialah subjek Sejarah. Tapi, bila tengok filem ini rasa macam rugi la pulak tak belajar sejarah betul-betul dulu sebabnya tak pernah tahu pun pasal kewujudan Merong Mahawangsa ni. Btw, betul ke Merong Mahawangsa ni wujud? Never mind

Okay, keduanya, filem ini tak macam filem-filem Melayu yang lain. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem bertaraf antarabangsa. Aku rasa macam tengok cerita Hollywood pun ada jugak. Betul, kadang-kadang aku hampir-hampir terlupa yang aku sedang menonton filem anak tempatan. Effect bunyi serta effect-effect lain nampak sangat real. Walaupun kadang-kadang effect CGI tu nampak macam tak real, tapi takpe, boleh dimaafkan.

Filem ini jugak ada menerapkan unsur-unsur humor. So, penonton pun takde la rasa bosan sangat menonton filem sejarah macam ni. Lagi satu, pelakon-pelakon dalam filem ini kesemuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan begitu berkesan sekali! Apa lagi ek? Rasanya tu je la kot.

So, kepada korang yang masih belum menonton filem ini, apalagi, ajak la satu family, rombongan bas pergi menonton filem ini di pawagam yang terdekat. Tak payah ragu-ragu untuk menonton filem ini. Ini bukan filem melayu biasa. Sebab, 80% bahasa yang digunakan dalam filem ini ialah bahasa Inggeris. Ada subtitle la, jangan risau! Haha...


Apa lagi? Sila off laptop sekarang, pergi booking ticket cepat!

5 comments:

dakpipimerah said...

haha,,same as me bro,, kua panggung rase betul ke cite melayu ni? wakaka... mmg best! sokong lah buatan malaysia!

Askrie Hishamuddin said...

@dakpipimerah, tau xpe. memang superb gila filem ni. i kasi 10 out of 10

Unknown said...

aku mcm biasa je , sokong dari rumah ... haha , tunggu bole download .

Fuz said...

2 hari aku try book. Full house. Maybe minggu depan.

Askrie Hishamuddin said...

@kodet, haha :) macam mana filem malaysia nak maju? haha.. kalau filem omputih xpe la kita donlod je.

@peminat katie holmes, really? omg omg! hehe