Thursday, March 24, 2011

Tolong doakan saya!!!


This week memang boleh dikatakan a busiest week bagi aku. Firstly, nak kena siapkan story board untuk commercial tv advertisement, nak kena cari model lagi (Alhamdulillah, model dah jumpa,yeaahh), lepas tu nak kena cari tempat shoot yang sesuai dan shooting. Oh ya, kitorang kena buat commercial tv advertisement untuk product trispecs ni.



Besides, aku jugak busy dengan membuat preparation untuk Hari Warisan pada 11 April ini nanti. Aku ditugaskan untuk mencari info pasal kraftagan Malaysia. omg omg!


At the same time, in this week jugak aku agak busy dengan latihan street theater setiap petang. Hari sabtu pulak ada rehearsal dan street theater pulak akan diadakan pada keesokan harinya. Yang membuatkan aku runsing sebenarnya sebab tetamu vip yang hadir pada hari tersebut ialah Dato' Mukhriz Mahathir. Tajuk street theater tersebut ialah "Man Against Violence".

Yang menariknya street theater ni bukannya theater yang macam selalu kita tengok kat pentas tu. Tapi kitorang perlu melakonkan watak tersebut dihadapan orang ramai dekat tempat awam. Bayangkan, muka kena jadi tembok untuk 15 minit. Pedulikan orang sekeliling dan bawak watak tersebut dengan penuh penghayatan. Kalau korang ada bran ke? HAHA.


Watak aku ialah merupakan seorang pesakit AIDS. Akibat salah memilih kawan, aku mencuba macam-macam benda waktu muda. Perghhhh. Kisahnyaaaa. Adoi, buat pengetahuan korang, aku ni masih lagi suci, chewahhhh. Macam mana nak feel watak tersebut kalau tak pernah ada pengalaman kena AIDS kan? Memang satu cabaran jugak la buat aku untuk feel watak tersebut. Fuhhh!

Oleh yang demikian, doakan kejayaan aku ya kawan-kawan!

2 comments:

imaa lova :) said...

wah wah. good luck ;)
hihi. mesti best :)

Askrie Hishamuddin said...

@imaa lova, thanks ;)