Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Susulan daripada entri sebelum ini nampaknya traffic blog aku agak mencanak-canak naik.Terima kasih anonymous! Aku tak pernah mengatur mana-mana agenda supaya lebih ramai orang datang menjenguk ke blog ini tapi ini semua adalah gara-gara komen anonymous yang secara tiba-tiba datang menyerang blog aku.
Susulan daripada entri sebelum ini juga, aku mendapat beberapa komen dan antaranya ialah ,"yang lama jgn dibuka pekungnya. takut memamah diri sendiri. fahamkan ayat ni sedalam dalamnya"
Now, let me explain further about this, aku mula-mula memang taknak cerita pasal kisah masa silam aku kepada pembaca, benda yang lepas biarlah lepas, tapi memandangkan anonymous kata aku ni cakap tak serupa bikin, gambar-gambar aku pun 2x5 je dengan artis-artis yang rosak akhlak,
So, I have to bagitahu perkara sebenar. Ya, memang aku akui gambar-gambar aku kebanyakannya teruk, berpelukan dengan bukan mahram, tapi percayalah semua gambar tu merupakan gambar lama. Bagi aku tak perlu lagi nak sebut pasal gambar tu. Sekarang aku pun dah cuci tangan dah tak buat dah benda-benda tu semua. Mungkin silap aku sebab aku tak buang entri lama tersebut sehinggakan pembaca masih boleh membaca dan melihat gambar-gambar tersebut. (Jangan runsing, aku dah delete pun entri tersebut)
Aku bukan sengaja untuk membuka pekung di dada. Tapi aku terpaksa, supaya semua orang faham situasi sebenar aku. Serius aku cakap, aku sekarang cuba untuk mendekati Allah. Sebab itu, entri aku banyak berunsurkan nasihat dan sebagainya. Bukannya nak tunjuk hebat tapi kita sebagai umat Islam wajib berpesan-pesan antara satu sama lain.
"melainkan org yg beramal soleh, dan saling berpesan2 pd kebenaran dan saling berpesan2 pd kesabaran" (surah al-Asr:3)
Wallahualam
12 comments:
have a good future dear!
thanks cik siti!
bgus lah...berubah ke arah yg lebih baek..arini lebih baek dari semalam..moga esoklebih baek dari arini dan terus bertamabah baeknye...good luck.
Alhamdulillah kalau ada keinginan untuk berubah,jangn dengar cakap orang.go on bro.
Kita tidak boleh memaksa orang suka kita .. selayaknya biar Allah saja yang tahu :) wa pun sedang mencari nur hidayah sekarang ni :)
hehe.. kalu gambar tue pun nak bikin citer panas jugak.. tak tahu la nk ckp apa lg..
semua org berhak berubah2,,,kan3 <3 folow u :)
way to go askrie !! berhijrah .. alhamdulilah.... i skong u sbg seorang saudara ISLAM.. semoga ALLAH memberkati perjalanan hidup kite sume.. :)
perubahan yang baik :)
err xsempat nk bace entri tu =.=
tp nice la ade perubahan ^.^
takpe takpe. yang lepas biar lepas.
all the best to you.
moga selamat bahagia dunia akhirat ea :) amin.
kalau niat anda betul akan ditunjukkan jalan oleh Allah..insya-Allah~
Post a Comment