Thursday, June 14, 2012

Blogger tak matang!

Assalamualaikum!

(Entri ini mungkin sedikit-sebanyak akan menyakitkan hati beberapa pihak. Jadi, awal-awal lagi aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa. Tapi bagus jugak kalau ada yang terasa sebab itulah motif utamanya. HAHAHA. gelak jahat!)

Kadang-kadang aku rasa blog bukanlah tempat yang sesuai untuk menulis pasal cinta. Lebih-lebih lagi kalau sekadar nak story-morry pasal kisah puppet love atau cinta monyet korang tu.

Tak perlu lah nak beria-ia sangat tulis pasal kisah cinta korang kat blog masing-masing. Sekolah pun belum habis lagi adik-adik sekalian. Bukan setakat sekolah, SPM pun belum tentu lulus semua subjek dengan jayanya. Aku yang umur 22 tahun ni pun masih nampak kabur-kabur lagi masa depan aku. Tambah-tambah pulak adik-adik yang belum ambik SPM ni. Masa depan pun tak nampak lagi. Gelap gelita je. Entah berjaya ke tidak?

Dah lah ejaan dalam blog bukan main lagi susah nak baca dan difahami. Jenuh jugak nak kena tenung skrin laptop lama-lama. Kalau setakat short form-short form biasa macam "x instead of tak", "klu instead of kalau", "syg instead of sayang" tu tak pe la jugak, boleh la aku faham sikit-sikit. Tapi ini tak, entah ejaan datang dari pelusuk negara mana ntah korang tiru.

Kalau nak tulis blog, tulis lah benda-benda yang berfaedah sikit. At least orang lain pun dapat manfaatnya jugak. Dapat jugak pahala berkongsi ilmu. Kalau setakat nak tulis pasal cinta tu tak payah lah tulis kat blog, tulis kat minda je dah cukup. Declare relationship nak tulis kat blog, putus cinta nak tulis kat blog, takde dara nak tulis kat blog, minum arak nak tulis kat blog, luar dalam pasal diri korang tulis kat blog. Tak malu ke bukak aib diri-sendiri?

Kalau nak tulis blog peribadi sekalipun, rasanya banyak lagi benda lain yang boleh tulis di blog selain daripada pasal cinta. Tulis lah pasal family, pasal kawan-kawan, pasal cikgu, pasal jiran, pasal makanan, pasal shopping, pasal binatang peliharaan dan lain-lain.

So, adik-adik sekalian, hentikanlah menulis blog pasal cinta ni. Cinta dengan manusia akan mati, cinta dengan pokok akan layu, cinta dengan Allah akan kekal abadi. Tetiba. LOL

Sekian.Bye!

10 comments:

jal said...

terbaik dari ladang, memang betul kadang-kadang meluat pon ade baca story-mory macam gituw

Nurmaisarah Azmi said...

emm, ada betulnya jugak.. sy malu nak tlis bab cintan cintun cam gini.. follow you

Askrie Hishamuddin said...

jal- thanks :) haha. tau takpe

Nurmaisarah - thanks :)

Iffah Afeefah said...

xde cite sal cinta sendiri

xbcnte pon

tak best pon cinte awal2 dek oii

NAL said...

terbaiklah. Ade banyak lagi benda yg bermanfaat untuk dikongsikan.

Ahmad Zarif said...

Waa... good2. thumbs up! cayala..

Askrie Hishamuddin said...

Iffah Afeefah - Betul tu, tak best pun lah.

Nal - thanks, yup, totally agreed!

Ahmad Zarif - Thanks :)

Bazar Niaga Online said...

bg sya... blog adalah medan untuk berkongsi benda2 yg positif... yg negatif kita jauhkan...

kita kawan bukan skdar di alam nyata tp juga di alam siber... :)

Azizi Jijicrisis said...

haha..sentap dak2 sekolah baca entry ni...hoho...

Askrie Hishamuddin said...

Bazar Niaga Online, absolutely right. tapi pasal puppet love ni rasanya tak perlu kot nak tulis kat blog. sebab tak mendatangkan faedah pun.

Azizi Jijicrisis, haha. tau takpe. lol