Thursday, June 9, 2011

Best sangat ke drama bersiri Nora Elena ni?

Kat mana-mana blog yang aku baca mesti ada selit nama Seth Tan dan Nora Elena. Mula-mula aku bertanya dalam hati aku, Seth Tan dan Nora Elena ni penyanyi ke pelakon ke blogger ke ahli politik ke? Bukan main lagi semua nak tulis pasal diorang ni.

Bukan itu sahaja malah kat facebook pun tak kurang hebatnya orang menulis pasal Seth Tan dan Nora Elena ni.

"Alangkah bestnya kalau aku dapat laki macam Seth Tan"

"Seth Tan!!!! I LOVE YOU!! WILL YOU MARRY ME?"

"i ♥ nora elena!! :P"

Aku pun terkial-kial. Hish, tak boleh jadi ni? Kenapa aku rasa macam serbi tak kena je. Selalunya bab-bab gosip ni aku paling laju tahu kan. Ha ha ha. Bila check kat facebook siap ada facebook fan page lagi.


Aik, apasal muka Aaron Aziz pulak ni? Rupa-rupanya baru aku tahu yang Seth Tan dan Nora Elena ni bukannya artis baru tapi nama watak dalam drama bersiri Nora Elena. Ketinggalannya aku!

Kenapa aku tak pernah tahu pun pasal drama bersiri Nora Elena ni? Oh, patutlah! Rupa-rupanya waktu tayangan drama bersiri ini pada pukul 7.00 malam. Okay, fine! Pukul 7.00 malam adalah waktu untuk mandi dan bersiap-sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Terima kasih.

7 comments:

cik siti said...

hahaha.. bguslah x tgok waktu tu... tp semua org tengok kat tonton.com tu.... kalau pasal tv x yah tgok pon tape.... xde pekdah... :)

Askrie Hishamuddin said...

cik siti, hehe :) betul tu.

Razil Tahir said...

aah..
raai org ckp pasal drama tue...
smpai ade member saye yg (bajet) otai@ganas un sebok nak crik citer tue... hm...

ape yg best ntah...
(saye un tak prnah tgk, so tataw best ke x)

Askrie Hishamuddin said...

razil tahir, adik faizal tahir ke ni? hehe.. tu la pasal, rasa macam nak tengok je kat tonton.com tapi xde masa la. busy manjang. hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD pun jarang tngk dah...sbbnya dah pun baca novelnya...

nadear nyanyaw said...

haha . mcm best je bace entry kw , eh Askrie , eh pape je la . senyum sendirik aku bace :D ha-ha

Rozuan Ismail said...

ayat last agak sentap.wan x layan pon cerita tu.mungkin wan layan bila ada org download cerita tu