Ada orang menulis blog untuk melaga lagakan orang, ada orang menulis blog untuk menyebarkan fitnah, ada orang menulis blog untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca, ada orang menulis blog untuk memberikan informasi berguna kepada pembaca, ada orang menulis blog untuk membuat pengakuan sudah kehilangan dara. Alamak, terlebih sudah. Okay, taknak ulas panjang-panjang pasal isu tu. Tutup kes. He he he.Tapi, yang paling best ada juga orang menulis blog untuk melamar insan yang dicintainya. Jadi, di kesempatan ini aku nak berkongsi dengan korang pasal kisah cinta sejati kawan aku yang bagi aku ianya sangat romantik.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan pada hari itu, ade yang bekerja, ada yang bergembira, dan kejap lagi ada jugak orang yang kena maki dengan pembaca ni karang. Ha ha ha. Gurau gurau. Okay, berbalik pada kisah romantik kawan aku itu tadi. Bermula dengan A (bukan nama sebenar) dan N (juga bukan nama sebenar). Mula-mula diorang hanyalah kawan biasa sahaja, tapi lama-lama diorang jadi rapat. Makan bersama, keluar lepak bersama, tengok wayang bersama, berak bersama, alamak terlebih sudah. Senang cerita diorang ni selalunya kelihatan bersama setiap masa sehinggakan terbit rasa cinta dalam hati A (bukan nama sebenar) terhadap N (juga bukan nama sebenar). A(bukan nama sebenar) seorang yang agak pemalu, boleh tahan jugak la kacak orangnya, tapi aku kacak lebih sikit dari dia. Suka senyum orangnya tapi susah sikit nak dengar dia bercakap. Bukan sebab bisu tapi memang dia ni jenis kurang bercakap. Dalam masa yang sama A(bukan nama sebenar) mempunyai blog. Tiap kali dia keluar dengan N (bukan nama sebenar) pasti A(bukan nama sebenar) akan menulisnya di dalam blog.
Disebabkan si A (bukan nama sebenar) ni dah tak tahan dah, dah tak larat untuk pendam perasaan cinta dia terhadap N (bukan nama sebenar) ini, A(bukan nama sebenar) pun bertekad untuk meluahkan isi hati beliau di dalam blognya tentang perasaan cinta yang wujud dalam dirinya lantas share link entri tersebut ke dalam facebook N (bukan nama sebenar).N (bukan nama sebenar) pun lantas membuka link tersebut dan membacanya. Alangkah terharunya N (bukan nama sebenar) apabila membaca blog tersebut kerana setiap kenangan diorang bersama diabadikan ke dalam blog A (bukan nama sebenar) dan terus menerima lamaran A (bukan nama sebenar). Romantik kan?
Jadi, pengajarannya di sini, blog bukannya tempat untuk memecah belahkan orang tapi sepatutnya gunakan ia untuk menyatukan umat. Amar makruf nahi mungkar. Baru hidup mendapat keberkatan.

4 comments:
sokong-sokong..
nak jdi A la... hehehe
hehehe.. :)
bestnya kalo jd "N"..sweet lorh :)
kaaannnnn :)
Post a Comment