Bunyi tajuk memang nampak macam sedikit kejam kan? Tapi aku tidaklah sekejam seperti yang disangkakan. Aku cuma bersifat kejam pada binatang yang bernama nyamuk sahaja. Sebab dah berjuta-juta nyamuk aku membunuh selama aku hidup di dunia yang fana ini.
Abaikan pasal nyamuk tersebut. Aku cuma nak bagitahu kat sini yang semangat aku untuk menulis blog semakin membuak-buak dan kian menjadi-jadi. Mana taknya, dah lebih kurang seminggu aku tak menulis apa-apa kat blog ni. Ramai yang bosan sebab tak ada update terbaru. (Macam lah blog ni best sangat!) Setelah lama tidak menulis dan menyibukkan diri ke kem jati diri dan Minggu Haluan Siswa yang lepas, jadi, sekarang ini tibalah masanya untuk aku update blog setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap masa. (Nampak benor nipunye).
Jadi, aku akan cuba untuk menulis seberapa banyak entri yang mungkin supaya pembaca tidak rasa bosan baca entri yang sama sahaja setiap hari dan tidak berasa bosan untuk menjenguk blog ini.
Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa membaca entri ini.
4 comments:
hahaha.. tajuk mmg gempak la..
truskan smngt anda dlm berblogging..
terima kasih orang kampung! :)
keep blogging! hehe:)
thanks eyka! :)
Post a Comment