Saturday, August 6, 2011

Hangat-hangat tahi kambing!

Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik.


Pertama sekali, selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa sahaja dan selamat menjamu selera kepada umat Islam yang tidak boleh berpuasa. Jangan makan depan orang yang berpuasa.


Masuk hari ni dah lebih kurang seminggu kita berpuasa, segala onak duri, nafsu serakah dapat kita lawan dengan jayanya. Tahniah diucapkan.


Aku nak kongsi sikit pengalaman berpuasa pada tahun ini. Walaupun baru seminggu berpuasa, tapi macam-macam benda yang berlaku. Antaranya, sahur. Ye, amalan bersahur adalah sangat dituntut.


Sebelum mula berpuasa seminggu yang lepas, punya lah bersemangat beli itu beli ini. Beli beras, beli telur, kicap, sos, serbuk perasa, ikan bilis dan sebagainya. Konon-kononnya, beli semua benda tu untuk bersahur serta berbuka. Sahur hari pertama memang cukup bersemangat. Pukul 3 pagi dah masak nasi dengan penuh rasa bangga. Begitu juga semasa berbuka. Masak nasi pada pukul 6 petang. Siap upload gambar kat facebook dan jugak blog. Ha ha ha.


Hari kedua pun sama, tapi hari kedua turn aku pulak masak nasi waktu berbuka. Okay, FAILED! Nasi yang aku masak keras. Air tak cukup. Sedih. Padahal aku rasa dah banyak aku letak air. Tapi, takpe, kali pertama memasak nasi, what we can expect kan? At least aku dapat pengalaman masak nasi.


Paling tak boleh terima, lepas aku berbuka siap call mak aku "Makkkkk, angah dah pandai masak nasi!!! Tapi, nasi keras."


Mak aku yang mula-mula teruja dengar aku dah pandai masak nasi tiba-tiba gelak dengan penuh bergaya bila dengar nasi yang aku masak keras. Ha ha ha.


Hari ketiga, masih masak nasi untuk sahur ( housemate aku yang masak, aku dah give up! taknak masak nasi dah ).


Tapi, bermula hari keempat dan seterusnya, haram. Nasi tak masak, sahur pun tak bangun. Berbuka kat luar. Okay, dah mula nampak semangat dah mula menurun. Maing-masing malas nak masak nasi. So, makan kat luar je la.


Okay, biasalah, orang melayu, mula-mula je bersemangat bagai nak rak. Plan macam-macam bukan main gah lagi. At last, masing-masing mula malas. Ha ha ha.

4 comments:

Lieyda Sabri said...

haha blaja la memasak pakcik oi, perempuan suka suami pandai memasak. opsss

Askrie Hishamuddin said...

Ye ke? Tak nak, memasak keja perempuan laa. Huhu

Unknown said...

memasak tidak semestinya kerja perempuan yerrr, bila isteri berpantang sapa lak nak masak , laki jugak kene masak kann...kita 1st time selalu je nasi mentah dan nasi cair pun ada..lembiklah..

Askrie Hishamuddin said...

Haha, xpe2, nti da kawin br blja masak. Huhu