Sunday, August 7, 2011

Kena bahan di bulan Ramadhan!

Assalamualaikum, tak jawab dosa, lagi-lagi bulan puasa, mati seksa, masuk api neraka. Hikhik.




Nampaknya ada sedikit penambahan ayat yang dibuat disitu sempena bulan Ramadhan yang baraqah ini. (sebut betul-betul perkataan baraqah tu, ada qalqalah sughra di situ, sila tekankan bunyi Q tu) haha




Memandangkan baru seminggu kita berpuasa, rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Ha ha ha. Ayat klise sangat.




Tahun ni aku berpuasa di rumah sewa yang baru serta environment yang baru, selalu kalau berbuka puasa berlapan, tapi kali ni berbuka puasa bertiga sahaja. Tahun ni jugak kitorang masak sendiri kat rumah, tak macam kat rumah sewa lama, kitorang main tunjuk-tunjuk je makanan serta lauk-pauk kat bazar.




Bila cakap pasal masak, memang aku paling terror masak! Serius, aku tipu korang! Aku paling FAILED dalam bab memasak. Aku cuma tahu masak maggi dan telur sahaja.




Dan disebabkan itu, ramai orang bahan aku sebab pertama kali masak nasi tapi nasi jadi keras. Tapi, nak tak nak terpaksa makan juga. Ha ha ha.




Tapi, ada jugak yang siap bagi tunjuk ajar walaupun cuma masak nasi. Ha ha ha.




Last but not least, Untung lah siapa yang pandai masak nasi. Grrrr.

3 comments:

Unknown said...

bila dah lama dan selalu masak..insyallah jadilah nasi..bukan lembik atau keras..

selamat berbuka dan berterawih..

Askrie Hishamuddin said...

atiqah, okay, i will :) thanks. same goes to you!

Eyka said...

untunggg laaa dah pandai mask nasi dah! haha:P