Tuesday, September 13, 2011

2 bulan je lagi.


Apa yang dua bulan je lagi ni? Okay, rasanya ramai pembaca setia (konon) dah tahu bahawa semester ini merupakan semester terakhir aku (InsyaAllah) di Kolej Profesional MARA, Sri Iskandar, Perak sebagai student Higher National Diploma in Business (Marketing) Edexel U.K (amboi, panjang betul nama course aku, penat nak taip).

Sumpah aku rasa sangat tak sabar nak habiskan Higher National Diploma ni hujung tahun ni. Oh ya, buat pengetahuan korang, aku dah apply UNiKL untuk pengambilan sesi Januari 2012 ini.

Bachelor of Business Administration (Hons) in Management and Entrepreneurship.

InsyaAllah, kalau ada rezeki aku akan sambung study di sana. Korang doakanlah supaya aku dapat sambung belajar untuk peringkat degree ni pulak.

No comments: