Thursday, April 5, 2012

Zaman sekarang sudah tiada lagi istilah penganggur!

Assalamualaikum!

Zaman sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Peluang pekerjaan sikit, tapi graduan yang keluar dari Universiti serta kolej tersangatlah ramai. Dan dari situ bermulalah kehidupan sebagai seorang graduan yang sampai sekrang tidak ada kerja. Tapi, jangan risau! Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amboi, setiap peribahasa yang aku belajar aku aplikasikan kat entri ni. Bangga cikgu Bahasa Melayu aku sekolah rendah dulu. Tak sia-sia dia mengajar aku dulu.

Sekarang ni zaman teknologi. Cukup dengan sebiji laptop dan sebiji broadband atau wifi tak kira lah P1 Wimax ke streamyx ke, ikut mana satu yang korang mampu. Kalau tak de broadband atau wifi kat rumah, curi je line wifi jiran sebelah rumah. Kalau jiran sebelah rumah pun tak mampu nak beli modem wifi kat rumah, eh, korang fikir lah sendiri macam mana nak buat. Apasal nak suruh aku susah-susah pikirkan masalah korang pulak. Kejam kan?

Okay, dah banyak melalut dah ni. Point utama di sini ialah internet. Tahu tak dengan hanya menggunakan internet kita boleh memperoleh pendapatan yang tak berapa nak tetap. Kalau dah malas sangat nak cari kerja sebab asyik-asyik pergi interview kena reject, kena reject, kena reject, korang duduk je diam-diam kat rumah bukak laptop.

Caranya mudah sahaja, mula-mula pastikan korang ada account facebook. Lepas tu add seberapa ramai kawan yang boleh. Add je la sampai full account facebook korang pun takpe. Lepastu sign up SAYS.my. Tahu tak apa dia sebenarnya SAYS.my ni?

Korang pergi lah tengok sendiri kat page dia. Aku dah kira baik dah bagi link kat korang. Ya, melalui SAYS.my korang boleh memperoleh sedikit sebanyak pendapatan walaupun korang menganggur. Jadi, tidak ada istilah penganggur dah sekarang ni sebenarnya. Cuma, bezanya dengan kerja tetap, duit yang korang dapat lah. Kalau korang rajin, dapat lah banyak, kalau korang malas, dapatlah sikit.

Alhamdulillah, setakat ini dalam masa sebulan aku boleh kumpul reward sebanyak RM100. Memang korang nampak macam sikit tapi berbaloi lah dengan apa yang korang buat. Kerja korang cuma promote mana-mana iklan dalam page SAYS.my ni dalam facebook korang. Post setiap iklan yang ada di wall facebook korang. Kalau ramai yang click iklan tersebut, banyak la duit yang korang dapat. Kalau tak ada langsung orang click iklan tersebut, maka tak ada la duit yang korang dapat. Ala-ala hipotesis gitu. Jadi, terserah lah ikut kreativiti korang macam mana nak promote iklan tersebut kat facebook korang. Senang kan?

Dah tu? Tak reti-reti lagi nak join SAYS.my? Cepat sign up. Korang jugak untung nanti!

Sekian.Bye!

3 comments:

KhaiRin said...

betapa untung orgskrg. cuma nk ngan x nk je

KhaiRin said...

betapa untung orgskrg. cuma nk ngan x nk je

Askrie Hishamuddin said...

betul tu, semuanya dihujung jari sahaja