Wednesday, December 7, 2011

10 tanda kamu sedang jatuh cinta!!!


Kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kita sedang jatuh cinta. Bak kata orang-orang tua zaman purbakala; mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, itu tandanya kamu sedang jatuh cinta lettew!

Jadi, di kesempatan ini aku nak kongsikan dengan korang antara tanda-tanda korang sedang dilamun cinta.

1. Hidup korang akan menjadi tak keruan dan tak tentu arah sekiranya sehari korang tak dapat sebarang text/call daripada si dia.

2. Korang akan sentiasa mengingati si dia setiap masa. Tak kira lah waktu korang tengah makan ke, berak ke, tidur ke, borak dengan member ke, mesti teringat si dia. Bayangkan si dia sedang bersama dengan korang. Iewwww, waktu tngah berak pun nak bayangkan si diabersama dengan korang ke? Tak senonoh.

3. Tiba-tiba korang akan tersenyum seorang sendiri tanpa korang sedari (tapi orang lain sedar).

4. Tak tumpukan perhatian semasa orang lain sedang bercakap dengan korang. Kadang-kadang mata korang menatap mata kawan korang tapi hati korang entah ke mana (asyik ingat si dia je)

5. Korang akan tiba-tiba rasa menggelah kalau berhadapan dengan si dia. Terus jadi gagap macam lagu Stacy, ga ga ga gagapmu menjelma, oh tak perlu tak perlu menyuluh yang sudah terang benderang! Alamak, terlebih sudah!

6. Korang sentiasa mengambil berat tentang hal si dia. Korang akan cuba berkawan rapat dengan teman baik si dia dan cuba untuk mengorek rahsia tentang hal luar dan dalam si dia dengan teman baik si dia.

7. Korang selalu stalk facebook dia. Kan sekarang zaman facebook, ini je la cara terbaik untuk menghilangkan rasa rindu. Tatap gambar si dia puas-puas sambil membaca setiap status yang dtulis dan like semua gambar-gambar, status-status serta wall post si dia.

8. Korang akan menulis status-status berbaur lucah di facebook, eh silap, status jiwang-jiwang di facebook. Baru betul.

9. Hati korang akan cepat tersentuh bila mendengar lagu-lagu tentang cinta, rindu dan seangkatan dengannya.

10. Korang fikirlah sendiri. (Korang tambah sendiri di ruangan komen)

Jadi, sekiranya kesepuluh-sepuluh tanda di atas ada pada korang ( 9 je sebenarnya ) itu bermakna korang sedang jatuh cinta dan sekiranya ia berlaku kepada korang sila luahkan kepada si dia secepat mungkin tentang perasaan korang takut nanti terlepas.

Sekian sahaja daripada saya. Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka!

Hakcipta terpelihara : Askrie Hishamuddin

6 comments:

KhaiRin said...

nama si dia pasti ada dlm setiap doa kamu!

Askrie Hishamuddin said...

@khairin ; itupun kalau rajin berdoa la kan. haha

Syazwanie said...

betul tuuu

Askrie Hishamuddin said...

@syazwanie, hehe thanks

agak masalah said...

10 tanda2 ni masih wujud jika kita ada pasangan yang sentiasa menyemarakkan hubungan. ewah ayat

Marhamah Junaisha said...

jeles bila dia komen mesra-2 dengan org lain..kekekekeke.. :D