Diam tak diam, pejam celik pejam celik, lagi beberapa hari je lagi dah nak masuk tahun baru. Tahun 2012. Amaigaidddd.. Pelbagai rumors telah diperkatakan tentang tahun 2012 ni. Antaranya ialah tentang kehancuran dunia. Seram sejuk dibuatnya. Tapi, kita lupakan dahulu pasal rumors tersebut yang penting bila dah nak masuk tahun baru ni orang akan mula memasang azam masing-masing.
Aku tak berapa nak berazam sangat untuk tahun 2012 ni. Cuma, aku nak ayah aku kembali sihat seperti sedia kala. Aku pun akan sambung belajar degree tahun ini dalam course Bachelor of Administration (Hons) in Islamic Finance. Agak lari sedikit dari course yang aku ambik sebelum ini iaitu Higher National Diploma in Business (Marketing). Tapi tetap dalam bidang business jugak. Apa ada hal kan? Selagi boleh belajar, belajar je.
Bagaimana pulak dengan korang? Dah pasang azam untuk tahun 2012 ke belum?
Selamat tinggal 2011, Selamat datang 2012!
4 comments:
macam best je..bachelor of finance islamic...
hehe. entah lah, macam menakutkan pun ade. hehe
harap2 azam tercapai ok
thanks rozuan :)
Post a Comment