Sunday, January 1, 2012

Tahun baru 2012 yang suram, penuh dengan dugaan.

Akhir tahun 2011 benar-benar mematangkan serta mencabar aku kerana hujung tahun 2011 ayah aku dimasukkan ke dalam wad di Hospital Seri Bainun, Ipoh disebabkan brain damage dan strok. Keadaan ayah aku teruk, tak boleh bercakap mahupun bergerak serta tidak dapat memberikan respon kepada keadaan sekeliling. Aku tak pasti sama ada ayah aku boleh mendengar atau pun tidak kerana dia tidak memberikan respon ketika aku dan kembar aku memanggil dia semasa terlantar di hospital.

Awal tahun baru 2012, aku dan kembar aku menyambut lembaran tahun baru di hospital kerana kami berdua menjaga ayah aku yang terlantar sakit di sana. Meskipun begitu, aku tetap bersyukur kerana pada tahun 2012, ayah aku masih lagi bersama kami sekeluarga.

Alhamdulillah, keadaan ayah aku pagi tadi semakin baik, boleh juga bergerak sedikit demi sedikit. Aku pun turut rasa terharu sebab ramai kaum keluarga serta sahabat-sahabat aku yang mengambil berat tentang keadaan ayah aku dan sanggup datang melawat ke hospital melihat keadaan ayah aku. Tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian.

Tak ada apa yang mampu aku ucapkan selain memohon doa kepada Allah s.w.t supaya ayah aku kembali sihat seperti sedia kali dan cepat sembuh. Amin.

6 comments:

Izzah Nadiah said...

Semoga ayah kamu cepat sembuh okay...

Askrie Hishamuddin said...

thanks izzah, amin :)

agak masalah said...

x kisah la sambut new year kat mana, janji kita dekat dengan keluarga. mudah2an ayah incik cepat sembuh

Askrie Hishamuddin said...

thanks agak masalah. (i just wondering why u use that kind of name? LOL) Amin.

Unknown said...

sabar ok dan semoga Allah sentiasa memanjang usia ayahmu

Askrie Hishamuddin said...

thanks rozuan. insyaallah.amin