Monday, February 13, 2012

Obses.

Assalamualaikum.

Setiap orang mempunyai obsesi masing-masing. Obses ini ada macam-macam jenis obses. (ayat dah macam budak baru nak belajar menulis). Ada orang obses pasal produk kecantikan; nak cantik, ada orang obses pada buku; nak pandai, ada orang obses nak kaya dan sebagainya.

Macam aku pulak terlalu obses nak gemuk. Serius. Dengan hanya berbekalkan berat badan cuma 47kg dan ketinggian setinggi 170cm, aku perlukan 8 kg lagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal ala-ala Aaron Aziz. Rupa dah ada sikit macam Aaron Aziz tapi badan kering-kontang macam mana nak digelar Aaron Aziz Malaysia. (Aaron Aziz asal Singapura, jadi aku Aaron Aziz Malaysia)

Walaupun 8 kg tu nampak macam sikit tapi nak gain 8 kg tu sikit punyalah susah. Makan sikit punya banyak pun berat badan maintain macam tu je. Esok naik 1 kg, lusa turun balik 1 kg. Dah tu nak buat macam mana? Bak kata Lisa Surihani dalam filem Ombak Rindu, aku 'gheda' dan 'pasghah' :(

4 comments:

Rozuan Ismail said...

cuba ambik supplement protein ye

Askrie Hishamuddin said...

Rozuan, supplement protein? Malas nak work out laaa :( LOL

.........cP~ said...

Kadang kalau dah memang genetik tu nak kurus, makan la apa pun kurus jugak.

Askrie Hishamuddin said...

cP, tau takpe. sebab tu sampai sekarang i kurus je :(