Thursday, April 12, 2012

Gara-gara terasa gegaran!

Assalamualaikum!

11 April 2012, satu gegaran yang amat kuat jelas dirasai oleh kebanyakkan penduduk di Utara Malaysia. Phewwww. kenapa ayat nak skema sangat ni? Ramai orang terasa gegaran petang tadi. Jiran-jiran aku pun terasa gegaran jugak tapi peliknya aku dan adik aku tak pulak terasa gegaran tu. Dasssaaaattt sungguh kitorang kan? Padahal jiran sebelah rumah, jiran depan rumah beria-ia rasa gegaran. Ntah-ntah propa je lebih diorang ni kan bukan boleh percaya sangat. Choii, jahat betul mulut aku kan mengata jiran.

By the way, emak aku sekarang yang sedang berkursus kat Lumut turut merasai gegaran tersebut. Maklumlah, kursus tepi pantai. Memang kuatlah terasa gegaran tu. Alhamdulillah, setakat ini semuanya okay. Everything masih dalam kawalan. Risau jugak. Ye lah, dua kali kot gegaran tu berlaku.

Dalam pada itu, news feed aku haruslah dipenuhi dengan status berkaitan dengan gegaran jugak petang tadi. Ada yang terasa perut bergegar la, bontot bergegar la, rasa pening la, rasa nak muntah la, semua ada. Propaaaaaa sangat! LOL! Mentang-mentang lah kau tak rasa gegaran tu kan Askrie, mengata orang lebih. Cuba kalau kau pun terasa gegaran tu, terus update status lettewwww.

Yang penting, amaran tsunami kat Malaysia dah ditarik balik. Alhamdulillah. Seram jugak dengar tsunami bakal menyusul kembali. Mujur sempat ditarik balik amaran tu dengan jayanya. LOL

Bila difikirkan balik kejadian-kejadian macam ni, rasa diri ini sangatlah kerdil dengan kekuasaan Allah. Bumi pun dah semakin tua. Dunia pun dah hampir-hampir nak sampai ke penghujungnya.

Ya Allah, sempatkah aku nak bertaubat? Terlalu banyak dosa yang aku dah pernah buat.

Sekian.Bye!

6 comments:

Tulus Sweet said...

kawan dok Penang dah risau kot2 apa2 jadi..doalah pada Allah minta dijauhkan...

Askrie Hishamuddin said...

Tulus Sweet, betul2, ramai sangat yang risau. InsyaAllah, amin

Unknown said...

tak rasa gak gegaran tuh

Askrie Hishamuddin said...

Rozuan Ismail, sama laaaa kitaaa. haha

Mysara Ab Rahman said...

moga kita semua selamat..

Askrie Hishamuddin said...

Mysara, InsyaAllah, Amin :)