Wednesday, June 6, 2012

Konsep kalimah Innalillah!

Assalamualaikum!

Kali ni Askrie Hishamuddin nak feeling-feeling jadi ustaz kejap uolsss. Eh, apa ni, ustaz mana boleh ber uolss uolss bagai, nanti orang tak suka tau. Ehem ehem. *ambik kopiah, dah lama tak pakai, berhabuk la pulak.

Ramai yang salah faham tentang konsep Innalillahiwainnailaihiwarroji'un yang bermaksud"Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali".

Ramai yang menganggap kalimah Innalilah ni hanya digunakan untuk mengucapkan kepada orang yang telah tiada yakni orang yang telah meninggal dunia sahaja.

Sebenarnya salah tu. Kalimah Innalillah ni jugak digunakan sekiranya kita menerima berita tentang kecelakaan, malapetaka dan sebagainya.

Aku bagi contoh yang paling simple, rumah Mawi kena rompak malam tadi. So, kita yang mendengar atau membaca tentang peristiwa itu kena mengucapkan Innalillahiwainnailaiwarroji'un yang bermaksud "Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali".

Faham tak konsep Innalillah ni? So, lepas ni, kalau ada antara kawan-kawan kita, saudara-mara kita atau sesiapa sahaja yang ditimpa musibah, kemalangan, kecelakaan dan sebagainya, kita hendaklah mengucapkan Innalillah.

Sekali lagi, perkataan Innalillah ni bukan hanya digunakan semasa menerima berita kematian sahaja sebaliknya ia jugak digunakan sekiranya kita menerima berita tentang malapetaka, musibah dan lain-lain.

Bayangkan, kalau tali kasut kita terputus pun kita hendaklah mengucapkan kalimah Innalillahiwainnailaihiwarroji'un. Wallahu'alam.

Sekian.Bye!

5 comments:

NAL said...

perkongsian terbaik. Dapatlah tambah ilmu :)

Askrie Hishamuddin said...

Thanks Nal :) InsyaAllah

Asilah Sahira said...

muda-mudi sekarang tak ramai yg paham konsep innalilah ni kan.Mereka cuma ingat innalilah perlu d sbt bila dgr berita kematian je.Walaupewpun...tahniah,perkongsian ilmu yg bermutu

Askrie Hishamuddin said...

Asilah Sahira, terima kasih. InsyaAllah. :)

Unknown said...

mohon share