Sunday, November 11, 2012

No more dance show, fokus final exam!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah nak final exam dah. Rupa-rupanya dah nak masuk 5 bulan dah aku study kat UniKL ni.

Dalam masa 5 bulan ni banyak jugak benda yang aku dapat. Perghhhhh. Tak sangka, dalam masa 5 bulan aku bersama Kumpulan Senitari Sanggar Emas UnikL Business School, hampir 10 show jugak yang aku perform.

Mula-mula show Malam Gala Dinner IEF.
Lepastu diikuti dengan show Hari Terbuka MARA.
Diikuti pulak dengan show Rumah Terbuka UniKL City Campus.
Diikuti lagi dengan show sempena Konvo UniKL ke-Sembilan
Show berikutnya pulak sempena Mini Open Day UniKL Business School
Lepas tu, show 'malam berinai' perkahwinan Zana & Wan di Ampang
And finally, show sempena Dean's list Award UniKL Business School

Rasanya dah takde kot show untuk semester ni. Cukup-cukuplah tu kan. Tunggu next sem pulak. Entah berapa puluh show pulak yang kitorang dapat.lol.

So, dengan berakhirnya segala show untuk semester ini makanya kenalah fokus Final Exam pulak. Takde excuse-excuse ye!

So, untuk tatapan korang, saksikanlah video show terakhir kitorang untuk semester ini. Gabungan tarian zapin moden & Tarian Arab.

Wish me luck for final exam!


Sekian.Bye!

4 comments:

Mummy Akmar said...

Giat menari ke? Bagus tu aktif dalam seni ni

Dah lama tak singgah sini..

Askrie Hishamuddin said...

Mummy Akmar : Ye Mummy, agak giat menari sekarang. :)

hehe. lagipun dah jarang update blog sekarang ni mummy. :)

Dayah Danisha said...

Haha . kalau aku yang menari tu , patah tulang agak nya . Biasa la tulang keras . Hehee..

Askrie Hishamuddin said...

Dayah Danisha : lol, takkan patah punya lah, simple je tarian ni :)