Saturday, December 22, 2012

Tahun 2012 benar-benar menguji aku.

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar dah masuk bulan yang terakhir dalam tahun 2012. Banyak sebenarnya pengalaman pahit serta manis sepanjang tahun 2012 ni. Tahun 2012 ni pasti akan aku ingat sampai bila-bila sampai tua.

Aku sambut tahun 2012 penuh dengan rasa sayu dalam hati, tak macam orang lain, ada yang sambut di Dataran Merdeka, kelab malam, KLCC, rumah bersama family tercinta. Tapi aku dan kembar aku, sambut lembaran tahun baru 2012 di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Sewaktu itu, arwah ayah aku terlantar sakit di hospital. Tak boleh bercakap, tak boleh bergerak, tak boleh buat apa-apa. Cuma baring atas katil. Bergilir-gilir kami jaga arwah ayah termasuk emak dan adik-adik aku yang lain.

Seminggu kami di hospital Ipoh, arwah ayah kami jaga di rumah. Tanggal 7 Januari 2012, Sepatutnya aku mendaftar di UniKL untuk meneruskan pelajaran aku ke peringkat degree, tapi, aku terpaksa batalkan hasrat aku, dan postponed ke semester berikutnya.

Alhamdulillah, aku dapat berpeluang jaga arwah ayah sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Januari 2012 di sisi aku, emak aku, kembar aku, adik-adik aku, dan makcik, pakcik aku. Ruapa-rupanya ada hikmah di sebalik semua benda yang berlaku. Kalaulah aku tegas untuk mendaftar ke UniKL juga pada masa itu, aku sudah pasti tak akan berpeluang berada di sisi arwah ayah mengajar dan bisikkan kalimah Lailahaillallah di telinga ayah aku.

Saat itu Allah saja yang tahu perasaan aku macam mana. Hancur, luluh, pedih kerana kehilangan seorang yang sangat aku sayangi dari kecil. Dia lah yang mengazankan di telinga ku, dia lah yang mencari nafkah bagi makan-minum-pakaian kepada ku, dia lah yang sentiasa berada memberikan sokongan kepada ku, dia lah yang sentiasa mendengar segala masalah ku, dia lah seorang yang sangat aku kagumi.

Sebab itu aku tak suka bersendiri. Kalau aku bersendiri pasti tiba-tiba wajah arwah ayah sering berada dalam kotak minda ini.

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa arwah ayahku, Ya Allah, kau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Agak ralat apabila arwah ayah tidak dapat bersama-sama meraikan hari paling bahagia aku iaitu Konvokesyen KPM pada Oktober lalu. Tapi aku yakin, arwah ayah pasti gembira di sana. Emak, angah sayang emak. Sangat-sangat. Sekarang ni emak lah satu-satunya tulang belakang angah untuk bergantung. 

Assalamualaikum.

4 comments:

Shereen Yahya said...

perbanyakkan sabar dan tabah .
semoga tahun 2013 membawa banyak makna untuk awak :)

Askrie Hishamuddin said...

Insyaallah. Thanks Shereen Yahya for ur support :)

najihahfara said...

be strong. bahagiakan & bangga kan dia dengan kejayaan kamu

Askrie Hishamuddin said...

thanks najihah :) insyaallah. Ameen :)