Saturday, January 26, 2013

VIDEO Latihan Flash mob!

Assalamualaikum!

Lamanya tak update blog ni. Sekarang rumah dah pasang unifi InsyaAllah aku akan kembali aktif berblogging macam dolu-dolu.

Sekarang aku dah masuk semester kedua kat UniKL Business School. Dah dua minggu start class. Dan dalam masa dua minggu ni asyik busy dengan add drop subjek. Perghhh, payah betul nak decide ambik subjek apa semester ni. Semester ni aku ambik semua subjek core. Perghhhh, risau jugak. Dah la semester ni banyak pulak subjek kira-kira. Dah lama tak pegang calculator, dah lama tak main dengan nombor-nombor ni. Aku lebih rela subjek menghafal and logical thinking. Senang nak putar-belit ayat masa exam. Tup tup dapat A. Hahaha. Subjek mengira ni susah nak putar-belit. Silap sikit je terus salah.

By the way, permulaan untuk semester ni aku dan group dance aku iaitu Sanggar Emas akan buat flashmob masa Hari terbuka Kokurikulum minggu depan 31 Januari 2013.Thanks Lia sebab bagi kepercayaan kat aku untuk choreograph flash mob kali ni.

So, dalam entri kali ni aku nak share dengan korang video training flash mob kitorang. Sorry lah, agak kelam kabut sikit sebab masing-masing tengah cuba menghafal step masa ni.


3 comments:

NAL said...

bestnya tgk..NAL teringin jugak nak join flash mob ni..

Good luck for ur study..

Unknown said...

Flash mob ni dulu femes kt oversea...Suka tgk step yg menarik & serentak yang diorg buat ramai-ramai!Good luck ya.

Sharifah syazee said...

suka tgk flash mob!