Thursday, February 28, 2013

BB1M, Kad Discount Siswa dan Flashmob!

Assalamualaikum!

Yeayy! Akhirnya ada jugak benda yang aku nak tulis/cerita pasal diri aku kat blog ni. haha. Sebenarnya ada dua story yang aku nak tulis kat entri ni. Ambik kau!

Story Pertama : Aku dah dapat bb1M dan kad discount pelajar! Yeaaayyyy.. Walaupun kolej/univerti lain dah dapat berkurun lamaaaaaaaa dah tapi aku bersyukur la jugak. Better than nothing kan. Daripada tak dapat langsung. Kira okay la, walaupun dapat lambat sikit. At least aku nak shopping buku-buku ilmiah (la sangat!) dan stationary kat kedai-kedai buku takde lah sesak kan sebab kolej/universiti lain dah shopping awal-awal dah dengan baucer buku tu. Terima kasih Pak Najib!!!! 1 MALAYSIA!! Amboi, overina!

Story Kedua : Finally, flashmob yang aku gembur-gemburkan pada entri yang lepas-lepas sudah pun dipersembahkan dengan jayanya di depan ribuan (ratusan je padahal) pelajar-pelajar UNiKL Business School sempena Open Club Registration Day!

 



Ini cuma TRAILER je. Kemain lagi ada trailer bagai. Full video InsyaAllah aku akan dapatkan segera dengan member aku yang record flashmob ni. Disebabkan file terlalu besar, jadi member aku tak dapat nak emailkan video kat aku. Katanya kalau nak sent kat email, 2,3 hari  jugaklah nak upload. Agak keji statement tersebut.

Nanti entri akan datang, InsyaAllah aku akan upload Full version Flashmob kitorang. 


No comments: