Wednesday, December 22, 2010

ade hape dengan cinta wehh?

entry kali ni more to feelings la sebenarnya. apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir dalam benak kepala otak aku selama ni. it's about love. woww. tetiba berfalsafah pulak kan.

ramai jugak yang tanya aku kenapa tak ada awek? tak teringin ke nak ada awek etc. "rupa dah ada," chewahhhh. (puji diri sendiri) ade aku kesah? HAHA. well, ni yang aku nak cerita ni. aku sebenarnya bukannya apa. memang, tak dpt dinafikan fitrah manusia dijadikan secara berpasangan.ada hati & perasaan tak lupa juga perasan. siapa yang tak nak kan? well, aku pun macam tu. ade perasaan. tapi, aku kena fikir jugak la kalau aku terlalu ikutkan perasaan, tak ada gunanya.

aku bukan tak nak bercintan-cintun ni. well, aku terlalu muda (walaupun usia hampir mencecah 21 tahun, itu kau cakap muda?) untuk bercinta ni. HAHA. kau kena ingat bukan senang nak jaga anak dara orang (walaupun aku tau dalam dunia ni susah da nak cari perempuan yang masih ada dara). aku nak jaga diri aku pun tak pandai. inikan nak jaga anak orang. memang tak dpt dinafikanlah, kawan-kawan yang sebaya dengan aku kebanyakkannya mempunyai girlfriend tapi aku still macam ni. single and available. phewiittt. (tak ada rasa nak mengorat aku ke wanita2 di luar sana?) HAHA.

well, bukan itu masalahnya. Masalahnya yang menjengkelkan tentang diorang ni (yang bercinta) satu je la, duit pun mintak kat makbapak lagi, ingat awek kau tu nak setia sangat ke ngn korang? fikir masak-masak dulu la sebelum nak mengambil keputusan untuk bercinta. aku tak salahkan diorang yang nak bercinta ni kalau diorang dah nampak masa depan diorang. ini result pun cukup-cukup makan. ade ke company nak ambik kau keje nanti? kau kena ingat bukan kau seorang je yang belajar kt dunia ni. ramai tahu? aku tak kisah kalau kau anak dato', tan sri, dato' seri, masa depan kau dah confirm cerah. lepas abis belajar even result kau cukup-cukup makan, takkan lah bapak kau tak nak bagi kau keje kt company die kan? haruslah kau diberi keutamaan. ini tidak, yang beria nak bercinta bagai ni cucu-cucu datuk je. itu pun datuk nenek kau da meninggal. kau nk keje ape nti? ingat kawin ni senang? banyak bende kau nk kene pikir wehhh..

makan bini, tempat tinggal bini, baju bini, seluar dalam bini, bra bini, semua nak kena pakai duit tu. itu belum lagi kalau kau ade anak nanti. pampers die lagi, taska die, sekolah die, semua nak kena pakai duit. kau ade? lainlah kalau kau dah ade keje tetap, ade aset (rumah, kereta etc). kalau kau nak bercinta siang malam text, call, hang out, dating takde sape kesah pun. mak bapak kau pun goyang kaki je kt rumah. kau dah ade duit sendiri. belanja la puas-puas kt awek kau. takde sape kesah pun.

betul wehhh, bukan nak kata, student-student yang bercinta ni bukan menyusahkan diri je. abis sume parents, kawan-kawan pun susah kau tahu? nak dating, confirm kena pakai duit punya. takde duit mulalah tergedik-gedik call parents, "mak, ade duit lebih x? nk pakai la, nk print assignment," haihhh, dah tu menipu plak. kesian mak kau. kalau mak kau takde duit, mula la secara tetiba baik dengan aku, "askrie, ade duit tak? nk pinjam rm50 je". kawan-kawan punya pasal, bagilah pinjam. tengok tu menyusahkan aku. alah, duit tak kesah sangat la, pandai pinjam pandai ganti la kan. yang pling menyusahkan bila diorang tengah perang dingin dengan awek diorang tu, kawan-kawan jugak la yang jadi mangsa, "askrie, kalau nora (bukan nama sebenar) call jangan angkat phone taw" takpun "askrie, kalau farah (bukan nama sebenar lagi) call, cakap aku dah tidur taw" dan macam-macam lagi lah. adoii, penat tahu? itulah, kalau tak reti jaga anak orang, xpayah menggedik nak couple.

actually, ada banyak lagi yang nak dikongsikan dalam entry ni. tapi idea tak keluar mencurah-curah la pulak kan? takpe, nti aku makan coco crunch. mencurah-curah ke ladang gandum bagai kan. btw, kepada sesiapa yang baca entry ni then sentap secara tetiba, tahniah! akhirnya sedar jugak kau kn. dah la. bercinta dengan yang SATU je. senang hidup dunia akhirat kau. memang takde sape pun yang nak marah serta kesah. akhir kata; salam sayang dari askrie hishamuddin.


I Mohd Asri Bin Hishamuddin hereby confirm that this entry is my own work and not copied or plagiarized from any source or blog. I have referenced the sources from which information is obtained by me for this blog.

Haaa, nahh ambek kau! aku siap buat mende alah ni lagi semata-mata nak memastikan bahawa tak ade sapa yang boleh plagiat idea aku. ni sume gara-gara aku ade terbukak blog somebody else ni terkezut beruk dibuatnya tengok sebijik entry dia macam aku. ayat copy paste cantik je. hamboiii, senang-senang je kau nk copy paste idea aku then dengan riaknya masuk kat dalam blog kau kan? dah takde idea sangat ke nak tulis? kalau takde idea tak payah menggedik nak berblog-blog ni. kau gi main congkak ke tinting ke batu seremban ke ade jugak pekdahnye daripada kau tulis blog hasil ciplak idea orang bikin sakit hati orang. Go to Hell!

p/s: Sometimes I'm real cool, but sometimes I could be a real asshole. I think everyone is like that.

1 comment:

Heziqa Yoo said...

jum kapel,HEHE..
(gurau je)
marah sangat ehh..