Tuesday, December 21, 2010

satu penghargaan!

saya tahu x nampak kan? tak payah nak complaint bagai. nak tengok dengan lebih jelas sila klik je kt picture tuh. zoom la puas-puas. mengada!

"WOWWW!" that was my first word yang terpacul dari bibis manis aku. wahwah, bibir manis tu! kau ade? HAHA. taktau nak kata apa dah. teruja, terkesima, terkinja-kinja dan bermacam-macam ter lagi, cuma tak terlanjur je la. nasib la kan, kalau terlanjur, mampoih aku. jadi bapak orang la kan. sorry, mengarut. kalau kau rasa nak muntah, muntah cepat. tak elok dibiarkan muntah tu lama-lama tersimpan kt tekak tu. najis mughalazah nanti. mengarut lagi! sorry again.

Okayy, sekali lagi saya (saya la plak kan, beradab sket) mengucapkan jutaan ime acih (manja sket bunyinya) kepada AH (bukan Askrie Hishamuddin) tapi Aziz Hazmi kerana mengexposekan blog saya kt wordpress beliau. teruja rasanya! && juga memberi penghargaan kepada saya. bertambah teruja rasanya! HAHA :)

Kannnn, orang-orang tua dahulu kala pernah berkata,

ada ubi ada batas,
ada hari boleh balas.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa.

Hahaa, hambek kau, sampai 3 pantun aku kasi kan. kau boleh? HAHAHA. well, ekceli entry kali ni lebih kepada penghargaan saya kepada AH la kan. betapa berterima kasihnya aku terhadap beliau kerana mengexposekan blog aku dan juga memberikan penghargaan kt aku kt dalam wordpress beliau. kau ade? HAHAHA. alright!

kepada yang tak kenal lagi siapa tu AH kan, ni ha wordpress beliau.kang sangap pulak nak kenal ngan AH tuh. meroyan nanti mampuih aku nak jawab.

http://burgerdua.wordpress.com/

adehh, tak boleh nak link la pulak kan. ahh, pandai-pandai la korang nak idup. copy & paste je link tu kt search engine. tak gheti-gheti jugak tak tahu la kan?

akhir kata dari saya ; I love U guys so much. muahhhh. Salam sayang dari Askrie Hishamuddin



No comments: