Monday, January 10, 2011

AJL 25 Review

Tak kisah lah siapa yang menang, siapa yang kalah. Yang penting kesemua artis-artis yang membuat persembahan pada malam tadi sangat menarik. Penuh dengan gimik. Aku suka gimik Faizal Tahir dalam lagu hanyut, siap ada selam-menyelam dalam air bagai, basah kuyup dibuatnya. lepas tu aksi Hafiz dengan ade letupan-letupan tu, serta Ana Raffali dengan aksi dalam sangkar, sangkar ke tu? dan salin pakaian dengan begitu pantas. Kelas kau maria! Eh eh, Tomok menari la. berapa bulan la belajar tu. perghhhhh, ternganga aku tengok.

Apa-apa pun aku ucapkan Tahniah la kepada semua pemenang terutama sekali Ana Raffali. Sikit pun aku tak terkejut, tak marah serta tak apa lah. Ana Raffali memang layak menang pun. Dah M.Nasir minat kat Ana Raffali tu, biarlah Ana Raffali yang menang. yang korang tak puas hati kecoh-kecoh bising-bising tu kenapa? korang juri ke? haha.. ehem ehem kat M.Nasir. wakaka.. tetiba nyanyi lagu boleh pandang-pandang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang. okay, lirik aku main hentam je.

Tapi kan, kenapa dengan Shahir tu? Damnnn, sumpah rasa macam nak sepak terajang die, kenapa die perform macam tu? kenapa kenapa kenapa?? (penuh emosi) kecewa la dengan lu der.

Dato' Siti Nurhaliza!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! OMG OMG!! Serious saya tabik respect suspect sama Dato' la. Tetiba lupa terus aku tengah tengok AJL 25 rupanya. Confuse kejap, aik, ni Konsert Siti ke AJL 25 kan?? HAHAHA.. Tapi kalau dari mula sampai abis Siti je perform pun tak apa. Sebab persembahan Dato' memang terbaik. Kalau ade anugerah persembahan artis undangan terbaik confirm Dato' Siti yang menang. Dato' Pah tu tak payah ade pun tak pe. rase macam buang masa tenaga emosi segala.

6 comments:

mie said...

gue sokong..
adat pertandingan...
yang terbaik pasti dipilih..
bukan yg banyak fan...

Cik Bee said...

hihi cool jek trima keputusan juri. tapi part artis jemputan jugak nak sentap. kih kih kih

Firdaus Alim said...

saye tgok mase ziana jer..sebelum tu tgok bola meh hee

Askrie Hishamuddin said...

mie; betul tu, keputusan juri adalah muktamad

cik bee; hehe.. biasalah, keputusan juri kan muktamad. huhu.. sentap sebab persembahan tak memuaskan

firdaus; fan man.u kuat ni. haha. ke liverpool? haha

Firdaus Alim said...

sob3..liverpool huuuu

Askrie Hishamuddin said...

firdaus ; hehe. sabar2.. ngee~~