Saturday, January 29, 2011

Anda adalah perokok tegar jika...

sumber: google images

Baiklah, entry pada kali ini aku nak share sikit dengan korang pasal perokok. Ya, ada kalanya korang tak perasan pun yang korang ni sebenarnya sudah boleh dikategorikan sebagai perokok tegar.

Okay, kalau korang nak tahu sama ada korang ni merupakan perokok tegar ataupun tidak, jom ikuti hujah-hujah aku. Aicehhh =.=

Korang boleh dikategorikan sebagai perokok tegar sekiranya kerap menghisap rokok semasa berada di dalam situasi-situasi berikut :

Pertama, selepas bangun tidur. Bukak je mata, benda pertama yang korang capai ialah sebatang rokok dan jugak lighter. Kalau takde lighter, mancis pun boleh jadi. Bukannya towel mahupun berus gigi.

Kedua, selepas selesai makan. Selesai je makan, korang akan menghisap rokok. Tak perlu pencuci mulut, rokok pun dah cukup untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

Ketiga, merokok semasa melepak di kedai makan. Kalau lepak kat mamak, tak sah kalau tak hisap 3 batang rokok minima. 20 batang rokok maksima. Huh, memang tegar sungguh.

Keempat, semasa membuat assignment. Terutama sekali bagi student. Kalau tengah buat assignment tu, tangan kanan type assignment, tangan kiri pulak pegang rokok.

Kelima, pantang ada je masa terluang mesti korang nak merokok.

Keenam, semasa driving. Ya, sepanjang perjalanan tu setiap 5 minit sekali nak hisap rokok. Kononnya nak mengelak daripada rasa mengantuk ketika driving.

Ketujuh, semasa membuang air besar. Pantang kalau nak terberak je mesti kena ada rokok dekat tangan punya.

Korang jugak boleh dikategorikan sebagai perokok tegar kalau korang punya stok rokok sehari sekotak.

Okay, video di bawah ini tidak ada kaitan pun dengan rokok. Video di bawah ini merupakan video aku sedang bershisha di rumah sewa aku. Tengok, betapa bersepahnya rumah sewa aku. Biasalah, nama pun rumah lelaki bujang. Tak ada masa nak kemas rumah.





Amaran :


Peringatan kepada remaja serta kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, anda adalah ditegah untuk merokok sama sekali!!!

6 comments:

nasrul faiz said...

ape nk jd kau ni nyahh? .

Askrie Hishamuddin said...

@nasrul, hotak kau nyah! shisha je pun, bukannya main ganja pun.

Mat Sabu said...

jgn ovedos shisha lax dah

Askrie Hishamuddin said...

@daus, shisha just for sometimes only! :)

Anonymous said...

shisha boleh overdose ke ?? tak kan3 ?? x)

Askrie Hishamuddin said...

@ferra, rasanya tak.hehe