Sunday, January 30, 2011

5 lumrah kehidupan sebagai pelajar.

Pada entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua pasal lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar di universiti ataupun di kolej pulak. Baiklah, kesemua points-points yang diberikan adalah merupakan points aku sendiri. Memandangkan aku adalah merupakan seorang pelajar kolej jugak, dan merasai kehidupan sebenar sebagai seorang pelajar, jadi dengan segala pengalaman yang aku ada, aku ingin kongsikan dengan korang tentang lumrah kehidupan sebagai pelajar di sini.


Lumrah #1


Study last minutes. Kononnya kalau study awal-awal ni tak dapat masuk. Budak nerd je yang study awal-awal ni. Bila study last minutes ni ilmu akan mencurah-curah ke ladang gandum katanya. Sanggup stay up sampai pagi. Kalau nak dekat masuk musim exam tak kira lah test ke final exam ke, beginilah lumrah pelajar-pelajar di universiti ataupun kolej terutamanya di Malaysia. Seminggu lagi nak exam, aishh, lek lu sap kok lu. Tapi kalau esok dah nak exam, mulalah malam tu menggelabah mencari compilation notes nak study.


Lumrah #2


Lewat datang ke kelas. Kalau dekat kolej aku ni, lewat 10 minit je dah dikira sebagai tak hadir ke kelas. Tak tahulah kat universiti atau kolej korang macam mana pulak. Selalunya kalau kelas pagi pukul 8 memang ada punya lah student yang datang lewat ke kelas. Biasalah, tambah-tambah pulak kalau dah tiba musim assignment. Eh, assignment pun ada musim tau, ingat negara je ada 4 musim ke? HAHA.


Lumrah #3


Assignment last minutes. Yang ni korang jangan nak tipu lah yang korang dapat je assignment terus buat research kan? Kalau ada pun mungkin ratio 1 daripada 1000 orang je yang akan lakukan sedemikian rupa. Alah bisa tegal biasa. Betul ke peribahasa yang aku guna ni? HAHAHA.. Esok tarikh submit, malam ni baru bertungkus lumus bersengkang mata bagai buat assignment. Mulalah guna taktik kotor, buzz sana buzz sini mintak assignment kawan melalui ym. Kononnya nak buat rujukan. Padahal copy assignment kawan lepas tu edit sikit-sikit je. Itu kira okay la lagi sebab ada jugak effort untuk mengedit assignment, kalau dapat yang pemalas tahap tak hengat tu just copy+paste terus. Plagiat habis. ish ish =.=


Lumrah #4


Kesinambungan daripada membuat assignment last minutes tadi, bila seharian korang bersengkang mata bertungkus lumus buat assignment makanya bila di dalam kelas haruslah korang bertahlil beramai-ramai di dalam kelas kan ataupun dengan erti kata yang lain tidur di dalam kelas. Terhangguk-hangguk semasa lecturer tengah mengajar. Ini memang kebiasaan terjadi kalau tak cukup tidur. Kalau lecturer korang tu maha memahami, tak pe lah, buat-buat tak nampak je, tapi kalau lecturer korang tu pulak bengis tahap tak hengat, jangan cakaplah kan, silap-silap OHP, projector, marker pen, handbang akan hinggap di muka la jawabnya. Ade ke lecturer bengis sampai macam tu sekali eh?


Lumrah #5


Selain daripada assignment, presentation pun merupakan salah satu perkara yang memang tak dapat dipisahkan dengan kehidupan sebagai pelajar di universiti mahupun kolej. Kalau hari ini tutorial/lecture, esok pulak mesti kena buat presentation. Itupun kalau lecturer tu jenis yang suka lecture dalam kelas. Kalau dapat lecturer yang jenis malas nak mengajar, memang jawabnya setiap kelas dia kena buat presentation la. Tapi bagus jugak, takde la rasa gugup sangat nanti bila dah masuk ke alam pekerjaan kan. Bila nak jumpa client ke confident je rasanya.


10 comments:

mizz pelangi said...

#lumrah pertama>tabiat budak ni..terase tau..anyway nice entry!

Askrie Hishamuddin said...

@mizz pelangi, haha.. sama je semua. ngee~~~ thanks!!

Lulu Amira said...

peergh..mmg kna kt btang hdung sndri r..hahaa

Askrie Hishamuddin said...

@lulu amira, hikhik.. ye ke? takpe takpe. sama2 terkena btg idung :p

ku izzati said...

a'ah..tapi yg dtg lambat class tu xde plak xbley masuk after 10 min..dulu kat matriks ade la..

Askrie Hishamuddin said...

@ku izzati, kat kolej i lambat 10 mins consider absent :(

ch!natsu said...

nak tmbh lumrah ke 6..
p0nteng klas.. hoho~

ke daku sorang je? hehe~

Askrie Hishamuddin said...

@chinatsu, uishhh, dulu time sekolah boleh la ponteng class, kt kolej dah tak boleh dah, attendance penting tu, kalau tak datang class kena bar subject la jawabnya. kuikui

bilabusukkberbicara said...

FOLLOW ME BACK (:

bilabusukkberbicara said...

FOLLOW ME BACK (: