Monday, January 17, 2011

epl + mamak culture

+

Align Center*aku tak kenal pun anney ni. aku rembat gambar die kat pakcik google.


Ahad malam pastinya kedai mamak akan menjadi sasaran utama oleh para-para sakura, eh silap, para remaja yang meminati bola sepak epl obviously. *Jap, aku pun peliklah kenapa ahli-ahli politik, menteri-menteri, Yb-yb, ketua-ketua kampung, ketua-ketua kelas, ketua-ketua cheerleader, ketua-tua yang lain suka sangat sebut perkataan para-para dalam ucapan diorang. Contohnya para-para remaja, para-para belia, para-para sakura, eh, bukan. Diorang tak belajar ke tatabahasa masa diorang kecik-kecik dulu? Para tu dah mewakili ramai orang, so, apa kejadahnya diorang sebut para-para? Macam ni ke nak memartabatkan bahasa melayu? sedangkan diorang cakap pun tak betul. Kalau Karam Sigh Walia, Ong Ka Ting ke cakap macam tu takpe la jugak, dimaafkanlah. Sebab diorang pun tak hadap nak memartabatkan bahasa Melayu.* aduh, da jauh menyimpang ni. Sila salahkan emosi aku.

Baiklah, kita kat mana tadi ye? Oh ya, cerita pasal epl dan mamak. Sudah menjadi kebiasaan kalau tiap ahad malam memang ramai lah peminat bola sepak epl berpusu-pusu kat kedai mamak. Antaranya ialah aku serta housemates aku. Sampaikan mamak tu pun dah kenal dengan kitorang. Regular customer sungguh. Betul, Sumpah aku tak tipu. Dengan hanya berbekalkan kitorang je pun da kaya-raya mamak tu dibuatnya. Beryiba-yiba sakan diorang. Itu baru kitorang je, belum campur lagi dengan regular customer yang lain. Eh, asal aku lepak mamak je, mesti mamat ni ada, mesti awek ni ade, mesti muka sama jugak yang ada. Pening-pening.

Nampaknya budaya melepak kat mamak serta membuang masa kat mamak memang dah jadi macam satu culture dah kat Malaysia ni terutama sekali bagi pelajar-pelajar universiti dan kolej.

Tak percaya? Percayalah bak kata Dato' Siti Nurhaliza.


Oh ya, lagi satu lupa nak bagitau, harga makanan kat kedai mamak memang cekik darah dibuatnya, nasi goreng ayam campur horlick ais je dah RM7.50. Okay, tak mahal pun sebenarnya. Cuma terkilan sikit lah sebab time takde duit pulaklah aku demand nak makan mahal-mahal ni dah tau mamak memang cekik darah.




Nota tambahan : Semalam kitorang tengok Man Utd vs Tottenham kat kedai mamak, kecewa dibuatnya sebab keputusannya seri je. Paling terkilan bila Rafael dapat red card, Rooney pulak yellow card, mana perginya Chicharito? Apasal kejap je dia main? Apa-apa pun Good Luck buat Man Utd!!!

2 comments:

Aziela said...

ehmm...teraseeee akak dik...hehhehehe Kenapa org2 politik sebut para-para ekk? Mmg betul tatabahasa kata para tu dah maksud ramai. Tp masalahnya, masa zaman we all blajar tatabahasa zaman 80an dulu ( u all baru lahir kot...) dalam bahasa malaysia..mesti sebut para-para hadirin sekalian sebab semua yg melambangkan ramai mesti berganda... Haa...zaman beredar... bahasa pun beredar kot...hehehhehe Bila dh ada anak..baruu akak paham law terbaru BM nowadays...

Askrie Hishamuddin said...

@aziela, oh ye ke? haha. taktau la plak. hehe. btw, akak, thnks for the explanation. belajar benda baru hari ni. hehe