Tuesday, January 11, 2011

Lagu Rock Suci !!!

Ramai orang yang beranggapan bahawa lagu-lagu rock ni kotor, bising, dan sebagainya.Well, tak semua lagu rock macam tu. untuk pengetahuan semua, aku ni pun bukanlah minat sangat dengar lagu-lagu rock ni, tapi sekali-sekala tu dengar jugak lah. itu pun kalau pergi karaoke dengan member-member aku. sebab diorang ni antara peminat lagu-lagu rock kapak dulu-dulu.

tak kurang dengan itu, ramai jugak yang pikir penyanyi-penyanyi rock memang tak dapat dipisahkan dengan gejala-gejala sosial yang teruk. kononnya mereka ni semua terlibat dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya. tapi, tak semua yang kita pikir tu semuanya betul. dan tak semua rockers serta lagu-lagu rock ni lah penyebabnya berlakunya kerosakan akhlak dan seangkatan dengannya. cuba korang dengar lagu yantzen - insan



bait-bait lirik lagu tersebut sangat puitis. Ia berkisarkan tentang ketuhanan. okay baik, cuba korang hayati pulak lagu permaidani - aris ariwatan.




sebenarnya banyak lagi lagu-lagu rock yang berunsurkan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah dan sebagainya. Contoh lain kita boleh dengar dalam lagu-lagu sweet charity, search dan sebagainya.

Walaupun diorang ni bergelar rockers dan lagu-lagu diorang banyak berunsurkan lagu rock tapi intipati lirik dalam lagu-lagu diorang ni kebanyakannya pasal ketuhanan dan bukannya tentang putus cinta, jatuh cinta dengan manusia semata-mata.

Tapi itu lagu-lagu rock zaman 80an, 90an dulu. cuba kita dengar lagu-lagu rock zaman sekarang ni, dah tak banyak dah lirik lagu yang berunsurkan ketuhanan,keinsafan, memuji Allah dan sebagainya. Namun begitu aku akui aku cukup tertarik dengan sebuah kumpulan dari Indonesia, Wali band yang liriknya berunsur keagamaan dalam lagu ini.



Well, itulah dia beza lagu rock dulu dan lagu rock sekarang. beza lagu rock malaysia dengan lagu rock indonesia. Wake up Malaysians!! mana perginya rasa sayang, cinta terhadap tuhan kalau semua lirik-lirik lagu yang ditulis hanya memuja, memuji, mengagungkan wanita, kecantikan manusia semata-mata? lirik lagu putus cinta, jatuh cinta sesama manusia semata-mata?

jangan harapkan penyanyi-penyanyi nasyid je yang berdakwah melalui lagu-lagu diorang. sebab tak semua orang minat dengar lagu-lagu nasyid ni dan sekarang ni pun dah kurang sangat dengar lagu-lagu nasyid berkumandang di stesen2 radio juga televisyen. Yang ada pun ikim.fm je. itu je? fikir-fikirkanlah.

*patutlah gejala sosial dikalangan remaja sekarang ni semakin menjadi-jadi. akibat kurangnya pendedahan lagu-lagu berunsurkan keagamaan seperti dulu. Harus ingat, yang muzik sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia sebenarnya. even nabi muhammad s.a.w sendiri pun mendengar muzik tapi bukanlah macam muzik-muzik zaman sekarang ni. dulu takde guitar, piano segala. muzik yang dimaksudkan disini ialah syair, marhaban dan sebagainya. itupun sebahagian daripada muzik jugak. korang kena tahu tu.

4 comments:

Mat Sabu said...

post yang agax panjang tp nice...
me suke ukays kita akan dijemput wee

Askrie Hishamuddin said...

@daus; hehe. tetiba idea datang membuak-buak! haha..

rafie said...

nice one.. =)

Askrie Hishamuddin said...

@rafie, thanks :) hehe