Wednesday, February 9, 2011

Sekali-sekala terima kritikan apa salahnya

Ada orang yang tak suka dikritik, baru kena kritik sikit dah nak melenting. Tapi ada orang pulak yang suka dikritik, sebab dengan kritikan kita boleh mengetahui dimana kelemahan kita dan dapat memperbaiki kelemahan kita. Tapi biarlah kritikan yang membina. *Sila bezakan kritikan dan kutukan.

Jadi, untuk entry kali ini aku ingin merakamkan jutaan rasa terima kasih aku yang tak terhingga kepada Nabila Cekodok, Amalina Zawahir, Khairul Ihsan serta sahabat-sahabat aku yang lain yang secara ikhlas menegur serta memberikan kritikan tentang header blog aku yang sekarang ini serta layout blog aku ini.

Apa yang diorang kritik tentang header ini?
(header lama)

"Wehh, tukar la header baru, tak lawa la. layout pun sama, nampak kosong je." Nabila Cekodok

"emm, buat baru la, tak lawa" Khairul Ihsan

Entahlah, aku sendiri pun tak pasti sebab apa aku tukar header serta layout blog aku secara tiba-tiba ni. HAHA. Syok sendiri. Walaupun ini blog peribadi aku, tapi tak salah kan kalau aku terima kritikan daripada orang lain terutama lagi pulak kritikan tu datangnya daripada orang yang selalu berkunjung ke blog aku ni kan? Sebab blog aku ni bukannya aku tulis untuk diri aku sendiri sahaja malahan aku tulis untuk semua orang baca. Kalau diorang tak suka dengan keadaan blog aku macam mana diorang nak loyal dengan blog aku kan?

So, thanks again! Aku pasti bukan diorang je yang rasakan benda ni but then ramai jugak yang akan fikir benda yang sama kan? But, takut nak memberikan kritikan takut aku sentap. HAHA.

Btw, aku tak kisah lah korang nak kritik apapun pasal blog aku ini malah dialu-alukan sangat-sangat. (Ini bukan 'sentap hati mak nak' okay). Asalkan kritikan yang korang berikan tu membina dan bukan untuk menjatuhkan aku. Ingat, sila bezakan kritikan dan kutukan, again.


(header baru)

12 comments:

yatie's EPISODE said...

dengan kritikan, kita bangun dgn lebih maju. (:

Unknown said...

sokong sokong! saye sokong. tapi ade kritikan membina dan kritikan yang menjatuhkan jugak.

Askrie Hishamuddin said...

@yatie's episode, betul tu!!

@ayinayob, yupyupp :)

Mat Sabu said...

Makin matang budak ni ^^

Askrie Hishamuddin said...

@firdaus, hehe.. thanks!

Unknown said...

aku rasa mcm yg baru lagi best ... pndangan org berbeza .

as said...

baiklah , sekarang saya nak kritik






















blog anda kemas! jeng jeng jeng !

Askrie Hishamuddin said...

@kodet, header ni baru tukar :)

@aqila, thanks! much appreciated!

azzey said...

Kritikan perlu sebenarnya utk memperbaiki kelemahan kita....may be yg x sker tu samaada dia blom bersedia dikritik atau pon dia tak blh terima cara org tu kritik dia...

Askrie Hishamuddin said...

@azzey, betul betul :) hehe. setuju sangat

mie said...

wow!!
header baru memang mengancam..
ehehee

Askrie Hishamuddin said...

@mie, thanks a lot! :)