Saturday, February 26, 2011

Tiz Zaqyah sudah mula menyanyi!

Kenal tak Tiz Zaqyah? Kalau tanya dekat makcik-makcik, opah-opah, awek-awek, abang-abang, serta dato' dato' kenal tak Tiz Zaqyah? Confirm diorang angguk-angguk kepala sambil angkat tangan macam Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu tanda kenal. Kan? Nama Tiz Zaqyah ni mula dikenali selepas beliau berjaya membawa watak Nur dalam drama Nur Kasih tak lama dulu dengan cukup baik sekali. Populariti beliau terus naik tanpa disedari. Bertuahnya badan.

Untuk pengetahuan semua, Filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan pada 19 May 2011 ini nanti. Confirm ramai yang dah tak sabar nak tengok kan? Rasa-rasanya penuh tak pawagam nanti ye? InsyaAllah. Amin. Moga-moga ramai la yang datang tengok kan? Sebabnya filem ini bagus kot. (chewah, macam lah dah tengok siap puji filem ni bagus kan?)

Untuk pengetahuan korang jugak, Tiz Zaqyah telah menyumbangkan suara beliau menyanyikan lagu tema untuk filem ini duet bersama Yassin iaitu lagu Nur Kasih. Fuhhh, tak sangka ada bakat jadi penyanyi jugak Tiz Zaqyah ni. Suaranya merdu bangattt! Tak percaya? Jom dengar.




Sedap kan? Btw, aku cukup kagum dengan video klip lagu ini. Tiz Zaqyah pakai baju serba putih tu nampak sangat wow! Yassin pun apa kurangnya. (Ambik hati Yassin). Jadi, rasa-rasanya lepas ni Tiz Zaqyah nak tukar profession jadi penyanyi pulak ke tak? HAHA. Ye lah kan, sekarang ni pun kan dah jadi trend pelakon mula jadi penyanyi. Tengok contoh Liyana Jasmay, Diana Danielle dan banyak lagi lah. Semuanya dah mula menyanyi sekarang ni.

7 comments:

Unknown said...

Heh. kalau die pakai macam dalam Nur Kasih tu, comel je kan. Sweet je tgk :D

Askrie Hishamuddin said...

@wan fakhrul rin, betul tu. suci je :) hehe

Brader Chacha said...

ada juga tak eloknya benda2 cmni..kalau semua benda sorang tu nak pulun, orang lain pulak nanti xde chance..

bukan tak boleh..cuma macam kurang kena..

Askrie Hishamuddin said...

@brader chacha, betul tu, tapi not bad jugak suara tiz zaqyah ni. sedap je dengar :)

Unknown said...

Biasa je suara dia .. Cuma dia pndai tarik je... Tapi dia mmg pandai berlakon...

Unknown said...

owh awekku. harharhar

Askrie Hishamuddin said...

@kodet, tau xpe. setuju2!

@nub, perasan. haha