Tuesday, March 1, 2011

Kurang ajar!


Aku paling pantang dengan orang yang tak reti jaga adab ni. Macam kurang ajar tahu? Bila aku cakap makbapak tak ajar nanti mulalah nak melenting cakap aku ni tak sayang mulut la, mulut kurang ajar la. Macam-macam la maki hamun keluar. Habis, dah kau sendiri tunjuk perangai kurang ajar kau tu siapa suruh? Takkan aku nak salahkan jiran sebelah rumah kau pulak? Sah-sah makbapak kau yang didik kau dari kecik pasal adab sopan ni.

Kalau orang tak beradab dengan kau tahu pulak kau nak melenting kan. Bila diri sendiri tak beradab tak tahu pulak? Dah la nak mintak tolong orang, lepas tu panggil nama orang tu dengan perkataan "weh" la, "woi" la, kau ingat binatang ke nak panggil macam tu? Kalau tak tahu nama dia sekali pun, apa salahnya guna bahasa sopan sikit, panggil dengan nama abang ke, adik ke, kakak ke. Tak susah pun kan?

p/s : Rukun negara kelima ialah kesopanan dan kesusilaan.

12 comments:

Miss Ran said...

mngkin da knl lme kot..tapon mmg cre die

em lain org lain care
tegur berhemah k

Askrie Hishamuddin said...

@miss ran, even mmg cara dia macam tu pun, tapi mmg sangat tak kena cara.

HeziqaMushadadLee said...

huish,marah betol nii..
senyum siket..=)

Askrie Hishamuddin said...

@heziqa, tau xpe. okay senyum :) tak perlu kata apa-apa

AyinAyob said...

askrie : yang mana satu ang kata kurang ajar. yang tego tu ke atau yang bagi link?

Askrie Hishamuddin said...

@ayin, sama je dua-dua. haha :)

tulus sweet said...

huhu! busy sangat kot...:)

Askrie Hishamuddin said...

@tulus sweet, hmmm.. :(

intan.maisarah said...

kesimpulan:
sebelum mula bicara,
kirimkan salam pembuka bicara

Askrie Hishamuddin said...

@intan, pandainyeee!!! hehe :)

irahehe said...

kalau orang yang aku rapat. aku tak kesah pon dia tulis camtu..

kalau tak rapat pon aku tak kesah sangat jugak sebab dia macam gurau2 jer. lagipon ade smiley kat blakang tu.

mungkin lain orang lain care.

Askrie Hishamuddin said...

@irahehe, yess, tapi aku kisah sangat, tambah2 kalau orang panggil guna weh, mmg aku terus maki la.