Sunday, April 3, 2011

Kecewa Jozan tak menyerlah dalam Maharaja Lawak minggu Pertama

sumber gambar : google image





Aku memang sangat bersetuju dengan kritikan yang diberikan oleh Mamat Khalid kepada Jozan dalam Maharaja Lawak minggu pertama Jumaat lalu.

"Itu je yang boleh buat?" Mamat Khalid

I'm totally agreed with that. Padahal kalau nak diikutkan dengan pengalaman pengacaraan serta lakonan Zizan dan Johan ni, lawak diorang sepatutnya jauh lebih matang dan menarik berbanding peserta-peserta Maharaja Lawak yang lain. Itu adalah merupakan advantage bagi diorang. Bayangkan 4 musim menjadi pengacara Raja Lawak, pengacara talkshow Jozan, baru-baru ni pulak Zizan dengan talk show sendiri, berlakon dalam filem Kapoww!, Johan pulak berlakon dalam filem HKLBR, berlakon drama dan macam-macam lagi lah.

Tapi, bila tengok persembahan Jozan pada minggu pertama Maharaja Lawak yang lalu, aku rasa begitu hampa dengan persembahan yang diorang berikan itu. Aku rasa lawak kumpulan Balas lebih menjadi serta menyerlah berbanding dengan Jozan. Ending kumpulan Jozan sangat menghampakan malah elemen lawak sangat cliche serta kurang.


Mungkin pada malam tersebut Jozan begitu over confident. Aku tak nafikan bahawa peminat Jozan ni memang ramai. Aku pun antara peminat Jozan jugak. Tapi apabila melihat persembahan Jozan pada minggu pertama Maharaja Lawak yang lalu, aku begitu kecewa sekali kerana persembahan Jozan tidak seperti yang dijangkakan.


Tapi aku yakin pada minggu akan datang Jozan akan membuat persembahan yang lebih baik serta matang berbanding dengan minggu pertama. Semoga kumpulan Jozan dapat mengambil pengajaran untuk memperbaiki mutu persembahan diorang pada masa akan datang.

2 comments:

PReDicToR said...

ape2 pn daku ttp sokong JOZAN!!!

Askrie Hishamuddin said...

@predictor. same goes to me!