Thursday, May 19, 2011

(AL-FATIHAH) Blogger meninggal dunia!


Berita ini agak mengejutkan aku. Pemilik blog Telordibasuh iaitu Abdul Hakim Bin Mohd Kamal baru sahaja pulang ke rahmatullah kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Salam takziah jugak kepada keluarga Allahyarham.

Untuk makluman semua pembaca, terus terang aku katakan blog Telordibasuh ini adalah sebahagian daripada bahan rujukan aku untuk menulis blog. Aku memang admire dengan pemilik blog ini. Namun, apakan daya Allah lebih sayangkan beliau.

Kepada pembaca sekalian, sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Abdul Hakin Bin Mohd Kamal.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)


3 comments:

Unknown said...

Al fatihah buat atwah

sumaiyah mokhtar said...

Al Fatihah

Ryan Ervan said...

such a great loss. suke blog die. May Allah bless him, Al-Fatihah.