Wednesday, May 4, 2011

Apa kes asyik update blog je ni?

classmates HND3C Jan-Jun 2011


Memandangkan semua subjek pada semester ini sudah habis dicover
oleh pensyarah-pensyarah yang vogue, jadi kelas pun secara official dah berakhir minggu lepas. Teruja sangat. Hajat mula-mula nak buat kenduri tahlil sikit lepas tu selit karaoke, pesta buih, strip dance bla bla bla astaghfirullahazhim, kena sambar petir satgi. Merapu dah ni.

So, cuma tinggal empat lagi assignments yang perlu diselesaikan sebelum menghabiskan semester ini dengan jayanya, Advertising and Promotion (due date: 7/5/2011) , Marketing Planning (due date: 9/5/2011) , Working With Leading People (due date: 13/05/2011) dan Internet Marketing (due date: 18/5/2011). Lepas tu kita enjoy!!! *gaya ala-ala Nora Danish.


Jadi, memandangkan kelas pun dah takde, tinggal empat assignments je yang nak kena disettlekan dalam masa terdekat ni, so, pagi petang siang malam menghadap laptop je la. Luckily, kebelekangan ni pulak banyak isu-isu menarik yang boleh dijadikan bahan untuk aku menulis blog. Memang seronok la tangan aku menaip, idea pulak mencurah-curah ke ladang gandum.


Jadi, kalau korang tengok aku updated sampai 5,6 entry satu hari tu, faham-faham je lah, kelas dah takde, wifi pulak laju. Haruslah aku updated saja kan. (Aku bukan gila traffic) Cuma rasa rugi pulak kalau tak update blog di masa senggang ni.



Last but not least, majulah blog untuk negara!




6 comments:

waN Mohd Salim said...

pinjam kace mate kande .. bole .. hahaha

Askrie Hishamuddin said...

haha. spec tu member punya la :)

Orang Kampung said...

tolong pinjam spec mmber hng utk aku.. hahaha

Askrie Hishamuddin said...

hahaha.. boleh pulak macam tu

biha a.k.a PETOM said...

dah rajin2 update blog tu update la sekali asgmnt ko kat sini, tu kire sharing info jugak kan, haha.. :P

Askrie Hishamuddin said...

biha, hahha. ingat memang nak buat cmtu pun tapi segan la. hahaha